Thursday 6 September 2018

Spray Bidara






KEISTIMEWAAN SPRAY BIDARA:

  • Spray yang berfungsi untuk mengharumkan seisi kediaman, kereta dan dijadikan pelembut pakaian ketika menggosok pakaian.
  • Mengandungi EKSTRAK DAUN BIDARA yang boleh menghindarkan daripada gangguan makhluk halus dan jin.
  • EKSTRAK DAUN BIDARA dapat meningkatkan AURA POSITIF.
  • Boleh menggantikan racun serangga. Lebih selamat sebab tiada racun dan bahan kimia merbahaya.
CARA PENGGUNAAN SPRAY BIDARA:
  • Boleh dijadikan pewangi dalam rumah dan menghilangkan bau hapak. Sembur pada sofa, langsir, tilam, karpet.
  • Boleh dijadikan pewangi dalam kereta. Sembur pada kusyen kereta.
  • Boleh dijadikan sebagai pelembut dan pewangi pakaian. Sembur sebelum menggosok pakaian.
  • Boleh dijadikan sebagai penyembur serangga. Sembur ditempat laluan serangga atau lubang tikus/lipas/cicak/semut/lalat.
  • Boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit. Sembur pada bahagian badan yang sakit.
  • Untuk elak gangguan makhluk halus di rumah atau bilik, spray di sekitar dlm rumah atau dlm bilik.
  • Spray atas katil sebelum tidur utk elak gangguan semasa tidur.
Pakej harga: 1 botol: RM30 Postage RM10 3 botol: RM60 Free postage Bonus 1 cd ruqyah 6 botol: RM120 Free postage Bonus 2 cd ruqyah 10 botol: RM200 Free postage Bonus 3 cd ruqyah Untuk maklumat lanjut, hubungi kami: wassap.my/+60192654512 wassap.my/+60192654512 wassap.my/+60192654512

Saturday 3 August 2013

Jogho



 

Pernahkah anda melihat pertandingan laga lembu di Malaysia? Memang perlagaan lembu adalah haram di sisi undang-undang Malaysia.Tetapi, jika anda ingin juga merasai sendiri pengalaman bagaimana lembu-lembu diadukan secara kejam, boleh berkunjung ke selatan Thailand.Di sini tradisi perlagaan Lembu masih lagi wujud dan ia menjadi suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga Thailand di sana.Namun, apa yang ingin dibincangkan juga adalah berkaitan dengan laga lembu,dan simboliknya kepada kehidupan masyarakat Melayu. Filem Jogho diangkat ke layar perak oleh pengarah tersohor U-Wei Haji Shaari diadaptasikan dari Novel Juara karya S.Othman Kelantan.

Sinopsis: Mamat (Khalid Salleh) terkenal kerana kehandalannya mengadukan lembu.Mamat sebenarnya adalah seorang pemain politik.Politikus yang kalah dalam pilihanraya di sebuah daerah di Kelantan.Lalu, membina hidup yang baru bersama-sama keluarganya di selatan Thailand.Saat itu, bermulalah era baru dalam dunia Mamat.Dunia laga lembu.Pada suatu hari, kawan baiknya, Mat Lazim telah mati ditembak setelah pulang menyertai suatu pertandingan laga lembu.Mamat berazam untuk mencari dan menuntut bela di atas kematian kawan baiknya itu.


Minit ke-6 hingga 10.

Komen: Khalid Salleh sememangnya seorang pelakon yang berkarisma.Berikanlah watak apa pun, pasti dia mampu melakonkannya dengan begitu baik.Lakonan mantapnya menghidupkan filem ini.Lakonannya benar-benar hidup.Watak Mamat sebagai seorang ketua keluarga, Ketua kepada kumpulannya dalam usaha menjejaki pembunuh Abang Lazim benar-benar dihayati.Ekspresi menerusi dialog, mimik muka menambahkan lagi karisma Khalid sebagai pelakon berbakat besar.Dari segi bahasa, filem ini memerlukan penghayatan kerana loghat Kelantan yang digunakan agak pekat bercampur aduk bersama dialek Patani.Menerusi filem ini, U-Wei cuba menyampaikan mesej bahawa para politikus yang berada dalam dunia politik sama seperti dua ekor lembu yang berlaga sesama sendiri demi mendapatkan keuntungan yang tak seberapa. Jogho adalah sebuah filem artistik.Filem yang benar-benar membuka minda kita menelusi falsafah politik dan kehidupan.Menggunakan watak lembu yang diadu, ia membuka ruang untuk penonton berfikir tentang kehidupan. Mungkin penonton kita bukanlah penonton yang sentiasa berfikir, tetapi sesekali meluangkan masa melihat filem sebegini akan membuatkan kita berfikir kembali tentang hidup yang kita jalani ini. Pada permulaan cerita kami mengalami kesukaran untuk memahami dialek yang mereka ketengahkan dalam filem ini, oleh itu kami mengambil masa yang agak lama untuk memahami perkataan semasa berdialog. Setelah mengerah segala keringat dan berfikir secara kreatif dan kritis kami mengambil bahagian didalam filem ini dimana Pak Mamat lakonan Khalid Salleh menyedari bahawa isterinya Minah lakonan Normah Damanhuri bermasam muka walaupun sudah berulang kali suaminya memanggil. Rupanya Minah sudah tidak tahan lagi dengan perangai suaminya yang terlampau ekstrem dengan aktiviti pelage lembu tanpa mengira kebajikan untuk anak-anak dan isteri dirumah. Sehingga Semah anaknya sakit pun tidak dihantar ke hospital bagi menyembuhkan penyakit tersebut, barang-barang kemas Minah juga habis digadaikan untuk dijadikan wang pertaruhan untuk Calet dalam pertarungan pelage lembu. Minah juga seorang yang setia kepada suami dan menurut segala perintah suaminya tanpa membangkang sehingga disedari oleh suaminya Pak Mamat. Dalam klip yang kami pilih ini Pak Mamat adalah seorang pejuang yang tidak mudah menyerah kalah sehingga ke akhirnya dan sentiasa yakin pada diri sendiri dan berusaha selain berserah kepada tuhan yang akan menentukan nasibnya. Selain mahukan anaknya Jusoh yang belajar di Kelantan lebih Berjaya sehingga ke Universiti, tetapi perbuatan Pak Mamat menyertai pelage lembu adalah salah disisi undang-undang kerana ia menyiksakan haiwan tersebut semata-mata untuk bergembira dan mendapatkan wang pertaruhan tersebut bagi menyara isteri dan anak-anak. Duit pertaruhan yang  diperoleh juga jika memenangi perlawanan tersebut juga adalah haram dan dikira sebagai berjudi, dan dengan duit itulah Pak Mamat mahu menyara keluarga mereka yang sedang kesempitan disebabkan sikap Pak Mamat tersebut. Dalam klip ini juga, Minah ada menyatakan kepada Pak Mamat jika Calet kalah dalam perlawanan tersebut bagaimana mereka mahu meneruskan hidup kerana wang yang sedikit pun habis digunakan untuk aktiviti tersebut. Dalam hal ini, hanya kata-kata Pak Mamat sahaja yang betul dan kata-kata isterinya tidak diendahkan, jika kekalahan itu berlaku kepada Pak Mamat dan lembunya Calet bagaimana caranya beliau ingin menyara kehidupan keluarga kerana dengan hanya melagakan lembu sahajalah pendapatan dan kebolehan yang ada pada Pak Mamat untuk dilakukan. Sebelum ini juga, keluarga mereka juga berpindah randah dari Kelantan ke Patani bagi meneruskan hidup.

Dari Kumpulan Lisa

Muhammad Yusri
Cardina Thomas Thaboh
Mohd Syazwan

ANAK MAMI KEMBALI







Anak Mami Kembali filem komedi romantik arahan Razak Mohaideen telah mencatatkan kutipan sebanyak RM 2 juta. Kejayaan filem ini meraih kutipan yang tinggi terletak kepada populariti Saiful Apek sebagai pelakon komedi yang terkenal disamping pendekatan melodrama dan komedi yang digunakan dalam penyampaian keseluruhan cerita tersebut. Seperti kebanyakan filem-filem yang terdapat di Malaysia, pengarah masih menggunakan tema percintaan untuk filem arahan beliau. Tema percintaan dalam penghasilan filem-filem di Malaysia sudah sebati dan seolah-olah telah menjadi tradisi dalam industri filem tempatan. Anak Mami Kembali secara asasnya mengenengahkan tema percintaan terhalang yang wujud akibat daripada ketaksuban ibu untuk menentukan jodoh anak-anaknya bagi memastikan rumah tangga anak-anak berkekalan.



Plot cerita filem ini menggunakan plot cerita klasik yang menunjukkan bagaimana watak-watak dalam filem tersebut berkembang dan menghadapi komplikasi di pertengahan cerita dan berakhir dengan “happy ending”. Perbezaan jantina, lelaki dan wanita dalam filem ini mempunyai kaitan dengan amalan patriaki dalam sesebuah masyarakat. Sistem patriaki beroperasi untuk mengekalkan dominasi dan kekuasaan golongan lelaki untuk memperlihatkan status sosial dan kedudukan yang lebih tinggi daripada golongan wanita.
Mak Bee sebagai watak utama cerita tersebut, seorang ibu tunggal yang juga bertindak sebagai ketua keluarga digambarkan sebagai seorang ibu yang terlalu cerewet serta mengongkong kehidupan kedua-dua anaknya. Walaupun pemilihan watak Mak Bee sebagai ketua keluarga boleh disifatkan sebagai pengiktirafan terhadapan kedudukan wanita dalam institusi keluarga, namun ciri-ciri watak yang diberikan kepada Mak Bee sebenarnya mempunyai stereotaip yang negatif mengenai seorang wanita. Mak Bee secara umumnya digambarkan sebagai seorang yang terlalu cerewet terutamanya berkaitan dengan pemilihan jodoh anak-anaknya. Anak-anak beliau, Saiful dan Ida seringkali dijadikan bahan leteran. Kedudukan dan kebendaan menjadi kriteria utama pemilihan jodoh untuk anak-anaknya sekaligus menggambarkan perasaan tamak yang ada pada Mak Bee.

Watak Fasha digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya dan banyak memendam perasaan sedih setelah berumahtangga dengan Saiful. Apabila Fasha meluah perasaan tidak puas hatinya terhadap kehidupan berumahtangga beliau yang terkongkong dan terikat dengan kehendak ibu mertuanya (Mak Bee), perkara ini tidak pernah diambil serius oleh Saiful. Tindakbalas yang diberikan oleh Saiful sering kali dalam bentuk ‘lawak jenaka’ menunjukkan ketidaksungguhan beliau untuk menangani masalah tersebut. Pada kebanyakan masa, Fasha diminta bersabar dan memendam rasanya dan mentaati suaminya, walaupun keadaan tersebut dilihat tidak adil bagi Fasha. Bentuk lawak jenaka digunakan untuk mengaburi masalah dan meremehkan konflik yang dihadapi oleh wanita. Sebaliknya penonton diajak berhibur dan tidak memikirkan mesej lain yang dibawakan dalam filem tersebut.

Selain itu pendominasian golongan lelaki juga ditunjukkan melalui watak Tok Wan, bapa kepada Mak Bee, digambarkan sebagai seorang yang rasional dan sentiasa memahami. Watak Tok Wan sering kali digambarkan sebagai penyelamat keadaan, yakni orang tengah yang banyak membantu untuk menyelesaikan konflik Mak Bee dengan anak-anaknya serta menantunya. Tok Wan digambarkan sebagai watak yang mempunyai fikiran terbuka dan sensitif terhadap semua masalah yang dihadapi oleh keluarganya. Walaupun dalan filem tersebut Tok Wan bukanlah seorang ketua keluarga tetapi dalam kebanyakan hal, Tok Wan digambarkan sebagai pemberi pendapat yang bernas dan berupaya menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda keluarga Mak Bee.

Secara keseluruhannya kejayaan filem ini terletak kepada populariti pelakon-pelakon yang sebenarnya telah menempah nama dalam industri filem tempatan. Populariti filem Anak Mami Kembali memperlihatkan bagaimana penerimaan masyarakat tempatan terhadap hubungan, peranan dan kedudukan lelaki dan wanita di negara ini. Ketidakadilan dalam mempersembahan peranan-peranan lelaki dan wanita dalam masyarakat tidak dipersoalkan malah semakin diperkukuhkan dengan norma-norma masyarakat berasaskan amalan patriaki. Dalam hal permikiran kritis ini memainkan peranan untuk mengesahkan status sosial dan pandangan berkaitan lelaki dan wanita dengan satu gambaran yang sempit yang bertindak sebagai suatu praktis kehidupan yang tidak perlu dipersoalkan lagi malah wajar untuk diterima umum.


::Daripada::
Muhamad Ghadafe Bin Muhamad Suhaimi-SX100916HRJ04
Ho Ka Nyan - SX100091HRJ04
Low Kok Wooi -   SX100093HRJ04

Friday 2 August 2013

SUMPAHAN ORANG MINYAK

P.Ramlee - Filem 'Sumpah Orang Minyak'

Filem ini adalah filem seram yang telah diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd.  File mini telah dibintangi oleh:
P. Ramlee (Si Bongkok)
Salleh Kamil (Buyong)
Shariff Dol (Syaitan)
Sri Dewi (Afida)
Marion Willis (Puteri Bunian)
Daeng Idris (Bang Selamat)


Ringkasan Cerita

Kampung Tualang Tiga, di mana cerita ini telah bermula. Si Bongkok hidup melarat kerana berwajah hodoh dan juga berbuatan ayahnya. Orang kampung bukan setakat membenci Si Bongkok, tetapi membulinya.
Hanya 2 orang sahaja yang manaruh belas kasihan kepada Si Bongkok, iaitu Bang Selamat dan Afida. Bang Selamat bekerja sebagai pembuat batik. Di pondok buruk, Si Bongkok membantu mencurahkan seni pada batik dan juga lukisan.
 
Suatu hari, Si Bongkok ketika mengambil air di sungai, Buyong beserta kawan-kawannya telah ternampaknya lalu mengejarnya.
 Si Bongkok berjaya ditangkap, dia diikat kemudian dipukul dan ditendang serta dibaling dengan batu oleh Buyong dan kawan-kawannya serta juga orang-orang kampung.

Si Bongkok yang tidak bersalah merayu supaya dilepaskan. Katanya, "Tolonglah lepaskan aku. Aku tak bersalah. Kalau aku bersalah aku meminta ampun." Tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan, Si Bongkok terus diseksa dan didera.
 
Bagaimanapun, Si Bongkok bernasib baik apabila Afida (anak Datuk Penghulu) datang menyelamatkannya. Dia telah membuka ikatan yang mengikat Si Bongkok dan memberi minum air.Afida yang melihat kejadian itu dengan segera membuka ikatan kaki Si Bongkok.
Setelah termakan budi kerana menyelamatkan dirinya, Si Bongkok telah melukis gambar wajah Afida bersama wajahnya dan dia berhasrat menyampaikan lukisan tersebut kepada Afida di majlis Malam Pemudi Seni Wilayah Utara.
  
Ketika Si Bongkok berada di majlis tersebut, Buyong telah meracuni fikiran orang-orang kampung supaya membenci Si Bongkok. Katanya, disebabkan dosa-dosa bapak Si Bongkok Kampung Tualang Tiga tercemar. Penduduk kampung dengan hasutan Buyong mahukan supaya Si Bongkok dihukum bunuh, tetapi dengan rayuan Afida, lagi pun bukan Si Bongkok yang bersalah, hukuman direngankan. Di atas pertimbangan Datuk Penghulu, dia telah menasihatkan Si Bongkok supaya meninggalkan kampung Tualang Tiga. Si Bongkok patuh, dan sebelum meninggal majlis tersebut sempat juga dia menyerahkan lukisan hasil kerja seninya kepada Afida.

Apabila Afida mengeluarkan lukisan tersebut dari beg kain terpampang gambar Afida dan Si Bongkok dengan catatan: "Gadis Chantek dan Binatang" yang mana ini sangat mengharukan Afida.

Sebelum meninggalkan kampung Tualang Tiga, Si Bongkok pergi ke pusara bapaknya dan disitu Si Bongkok menyumpah-seranah diatas perbuatan bapaknya hingga menyebabkan dirinya terseksa.

Sambil menendang-nendang dan memijak-mijak pusara bapaknya itu dan diiringi pula dengan kilat sabung-menyabung dan ribut petir Si Bongkok menyeranah bapaknya: "Dosa yang kau lakukan mengapa aku menerima akibatnya? Ya, Tuhanku, inikah keadilan? Inikah keadilan? Mengapa kau ciptakan jasadku seburuk ini? Mengapa kau tuliskan nasibku sehina ini? Mengapa?..." Kuasa Tuhan merubah segalanya. Tiba-tiba sebuah istana yang indah muncul di hadapan Si Bongkok. Kemudian keluarlah seorang puteri menyambut dan menjemput Si Bongkok.

Si Bongkok diiringi untuk mengadap penghulu di situ, Penghulu Bunian. Dalam pertemuan tersebut, Si Bongkok telah diberi sebuah kitab Seribu Satu Hikmat dan ia hanya dibolehkan memilih satu saja. Si Bongkok, tanpa berfikir panjang, telah memilih untuk menjadi cantik dan sebelum itu dia terpaksa mematuhi syarat (sumpah) iaitu "Jangan menyombong dan memusuhi sesama manusia. Jika engkar dia akan binasa."


Hasratnya termakbul, rupa parasnya kini amat kacak. Puteri Bunian menaruh harapan, dan bercintalah mereka. Demi cinta mereka bersua dengan Penghulu Bunian untuk bersatu. Permintaan mereka ditolak kerana perjanjian hanya memilih satu. Bila sudah sampai waktunya, Si Bongkok terpaksa kembali ke Dunia Manusia yang telah ditinggalkannya selama tiga tahun tetapi dirasakan baru tiga hari oleh Si Bongkok dengan dihantar oleh Puteri Bunian.




Sebelum berpisah, Putri Bunian yang juga menyintainya bertanya: "Mungkinkah kita berjumpa lagi." Jawab Si Bongkok: "Ya, sesudah duniaku dan duniamu bercantum satu."

Si Bongkok dihantar pulang ke dunia asalnya. Dia terus pulang ke pondok Bang Selamat. Tibanya dia di sana, Bang Selamat tidak dapat mengcam Si Bongkok. Si Bongkok akhirnya mendedahkan identiti.
Si Bongkok amat terkejut apabila Bang Selamat memberitahunya sudah 3 tahun Si Bongkok meninggalkan kampung. Lebih mengejutkan lagi, Afida sudah bertunang dengan Si Buyong.

 Untuk hadiah di Malam Pesta Si Bongkok telah melukis wajah Afida dan wajahnya untuk diberikan kepada Afida yang menyelamatnya suatu ketika dulu yang kini sudah bertunang dengan Buyong dengan catatannya: "Gadis Chantek Dan Taruna".
 
Kehadiran Si Bongkok yang cantik dan tanpan (seolah-olah seperti anak Raja layaknya) itu dikagumi oleh penduduk-penduduk kampung. Si Bongkok dihormati dan disembah-sembah termasuk Datuk Penghulu yang baru serta Buyong dan kawan-kawanya.

Si Bongkok memberi hadiah lukisannya kepada Afida. Katanya: "Terimalah sumbangihku wahai Afida." "Bagaiamana tau nama hamba?" tanya Afida. Jawab Si Bongkok: "Sejak kau menolong aku dulu." Sebaik saja melihat lukisan yang diberi dengan keheranan Afida berkata, "Si Bongkok...!"

"Ya, akulah Si Bongkok yang dikau haramkan menjejak Kampung Tualang Tiga," pekik Si Bongkok.

Si Bongkok memberitahu yang dia mahu membawa Afida keluar bersamanya dari Kampung Tualang Tiga, dan sebabkan Afida tidak sukakan Buyong kerana dia membunuh bapaknya kerana menolak pinangannya, dia rela mengikut Si Bongkok.

Setelah menyatukan hasratnya, Si Bongkok terus membawa Afida pergi. Si Buyong tersalah langkah. Afida menjadi mangsa. Si Bongkok menuntut bela. Si Bongkok hilang pertimbangan, dia lupa dengan sumpahnya mengapa dia menjadi cantik. Si Bongkok bertarung dengan Buyong yang mana akhirnya Buyong kecundang, dia mati ditangan Si Bongkok.
 
Kerana sumpah sudah dilanggar, Penghulu Orang Bunian muncul dan menyatakan kepada Si Bongkok bahawa kecantikannya tidak boleh dilihat manusia.
 
Datanglah syaitan memberi harapan. Boleh menjadi manusia seperti sedia kala. Pertama, Si Bongkok misti memperkosa 21 wanita dalam tempuh seminggu. Kedua, Si Bongkok mesti mengakui Syaitan Tuhannya. Setelah persetujuan dicapai, Syaitan memberi sebentuk cincin kepada Si Bongkok yang mana apabila dipakainya bentuk dan wajahnya berubah menjadi 'Orang Minyak'. Dengan itu Orang Minyak pun menjalankan perintah Syaitan dengan melakukan perkosaan seorang demi seorang wanita yang terdapat di Kampung Tualang Tiga yang mana angkaranya itu menjadikan penduduknya berada dalam kebimbangan dan ketakutan. Kampung Tualang Tiga menjadi huru-hara

Orang Minyak berjaya ditangkap dan dipenjarakannya di dalam buyong untuk dimusnahkan.
 
Sebelum meninggalkan Kampung Tualang Tiga, Penghulu Orang Bunian menyerahkan kuasa memimpin kampung tersebut kepada Ali menggantikan Datuk Penghulu yang meninggal dunia.

Penghulu Orang Bunian berpesan: "Jangan menghina sesama manusia. Jika menghina sesama makhluk, hilang ria timbul duka."
Orang Minyak yang termakan sumpah dibawanya pergi. Ingatlah bahawa tiap-tiap ciptaan itu ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang tersirat disebalik yang telah tersurat.[TAMAT]



Komen & Kritik di dalam Filem Sumpahan Orang Minyak.

Kami telah bersepakat untuk komen & kritik secara keseluruhan adegan di dalam Filem Sumpahan Orang Minyak ini yang di mana dirasakan perlu dikritik.  Antaranya ialah:

  •    Adegan memijak kubur memperlihatkan tidak ‘respect’ kepada ayah sendiri dan sangat jahat bagi kami yang menonton.  Tidak perlulah sampai mempamerkan adegan tersebut.  Pada permulaan cerita menunjukkan bahawa Si Bongkok mempunyai hati yang suci murni, baik dan hanya berwajah hodoh sahaja.  Jadi, P.Ramlee sepatutnya mempamerkan watak Si Bongkok memarahi ayahnya sahaja dan merungut dan tidak perlulah memijak dan menghina-hina ayahnya.  Kesucian hati perlulah dikekalkan di dalam diri Si Bongkok, lalu barulah dia diberi pertolongan oleh Penghulu Puteri Bunian.  Hal ini kerana, orang yang baik haruslah diberi peluang untuk mendapatkan perkara yang baik. Bukankah ‘baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat’.  Disebabkan kemurnian Si Bongkok dia telah diberi balasan baik (bantuan Penghulu Puteri Bunian) bukan sepatutnya hinaan dan cacian yang dikeluarkan oleh Si Bongkok.

  •  Di dalam Adegan yang kami rasakan lawak dan tidak patut ada juga adalah, apabila Si Bongkok diberi Kitab oleh Penghulu Puteri Bunian di mana Si Bongkok pandai pula membaca.  Adegan Bongkok menyelak dan menyelak, dan membaca berkenaan "untuk menjadi cantik" yakni dia perlu mandi dalam kolam Bahtera Nabi Allah Nuh AS.  Adakah Si Bongkok ini mempunyai kelebihan membaca?  Kerana setahu kami Si Bongkok adalah orang kampung yang hidup susah, tidak mempunyai kawan, dibenci oleh orang kampung, ayahnya pun jahat jadi manakah dia tahu membaca?  Cukuplah sekadar membuat adegan Penghulu Puteri Bunian memberitahu kepada Si Bongkok jika dia mahu cantik apa yang perlu dibuat olehnya.  Kami tidak pasti sama ada adegan  ini adalah satu kesilapan atau disengajakan oleh P. Ramlee.

  •    Adegan pertarungan di antara Si Bongkok dengan Buyong yang disertai dengan angin ribut dan petir sabung-menyabung memanglah memperlihatkan kreativiti antara P. Ramlee sebagai pengarah namun bagi kami, ianya tidak perlu sebenarnya.  Tidak perlu ‘effect’ suasana sekeliling itu kerana mengganggu sedikit sebanyak.  Adegan Si Bongkok yang berjaya membunuh Buyong juga kelihatan hebat kerana Si Bongkok dahulunya Bongkok, bagaimana dia boleh begitu ‘warrior’ dan hebat berlawan?  Dia hanya meminta untuk menjadi cantik dan bukanlah hebat berlawan.  Adegan ini membuat kami sedikit ‘confuse’.  Cukuplah hanya menunjukkan perlawanan biasa-biasa sahaja tidak perlu tunjukkan hebatnya mereka berlawan.


Secara keseluruhan cerita ini, menunjukkan bahawa tipikal masyarakat Melayu yang mengagungkan benda yang cantik dan mencaci benda yang buruk.  Di dalam adegan ini menunjukkan Si Bongkok telah dihina, dicaci dan dimaki semasa wajahnya buruk dan hodoh.  Sehinggakan dimasukkan adegan baling batu kepadanya serta dipukul oleh orang kampung.  Watak Si Bongkok dilihat sangat hina di mata orang kampung. Namun begitu, mengapa kaitkan Si Bongkok menjadi buruk akibat perbuatan ayahnya?  Hal ini dilihat seperti satu adegan yang mencaci dan menghina kuasa tuhan.  Adakah ayah yang perangai jahat, maka anaknya yang lahir menjadi buruk? Mungkin adegan ini perlu jika Si Bongkok juga sama perangai seperti ayahnya.  Dan apabila Si Bongkok menjadi cantik, dia telah diagung-agungkan sehingga di sujud oleh orang kampung.  Tidak perlu rasanya menunjukkan Si Bongkok diagungkan cukuplah hanya orang kampung terpesona, kagum dan suka melihat wajah Si Bongkok.  Hal ini kerana orang lain di kampung itu juga cantik dan tak perlu diagung-agungkan dengan terlalu melampau.


Dikomen & dikritik oleh:

Kumpulan DDF 
1) Nur Farah Mohamad Azlan
2) Despi Yola Sainal
3) Norhidayah Jaafar


Terima kasih.