CONGKAK
FAKTA FILEM CONGKAK
Tarikh Tayang:
17 April 2008
Pengarah Filem:
Ahmad Idham
Skrip:
Cerita oleh Pierre Andre
Lakon layar oleh Ahmad Idham
Para Pelakon:
Nanu sebagai Sufiah (ibu)
Riezman Khuzaimi sebagai Kazman (ayah)
M.Rajoli sebagai Pak Tua (bomoh)
Nur’Arina sebagai Ely (kakak)
Erynne Erynna sebagai Lisa (adik)
Ruminah Sidek sebagai Opah (puaka)
Krew:
Sinematografi oleh Abang (Indra Che Muda)
Pembantu Jurukamera: Naindra Anuar
Pengarah Seni: Ahmad Rusli
Pengurus Produksi: Mokharul Shamsul
Penerbit:
David Teo

SINOPSIS
Kisahnya bermula apabila Kazman serta
isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely
di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya
untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai
peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon
bimbitnya.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa
yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar
dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk
membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang
memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke
sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh
dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu
telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di
tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman
perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi
dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi
melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama
peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga
kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu
telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari
Ely dan Lisa
Kesimpulannya, pembuat filem Congkak telah berjaya menerapkan unsur kebudayaan
tempatan, moral dan keagamaan, menerusi filem ini. Filem ini juga menonjolkan
perancangan teliti dari aspek pembuatan dan penerbitan filem apabila visi-visi
pemasaran filem dilibatkan dalam perancangan, lebih awal sebelum filem ini
dibuat. Filem Congkak merupakan filem seram untuk tontonan keluarga yang mampu
menghiburkan para penonton.
Fakta Petikan Filem
Kazman tersedar dari tidur lalu turun ke bawah rumah
dan terlihat seorang wanita tua yang sedang menangis. Kazman melihat anaknya
Lisa berlari menuju keluar rumah, dalam masa yang sama Kazman terdengar elly
menjerit memanggilnya di tingkat atas kerana kaki Elly ditrarik oleh sesuatu
dari bawah katil. Kazman berlari melulu ke tingkat atas rumah untuk melihat apa
yang terjadi. Dia mendapati isterinya terapung dan Elly tiada di samping
isterinya.
Kazman yang ketakutan juga telah ditarik oleh sesuatu dari bawah katil namun berjaya melepaskan dirinya dan berlari menuju keluar dari rumah. Ketika membuka pintu tiba-tiba seorang lelaki tua telah berada di hadapan pintu. Lelaki tua menenangkan Kazman dan memberi air lalu naik ke atas untuk membantu isteri Kazman. Selepas selesai menyelamatkan isteri Kazman, dia terus masuk kembali ke dalam rumah untuk menyelamatkan ahli keluarganya yang lain.

Pemikiran Kritis Congkak (Komen)
Kazman lihat Lisa berlari ke arah luar
rumah tanpa menghiraukannya malah lebih mementingkan laungan anaknya Elly.
Mungkin Kazman terlalu panik dan memikirkan sesuatu yang lebih bahaya telah
berlaku terhadap Elly. Sejurus Kazman masuk ke bilik tidur dilihatnya pula
isterinya terapung dan Kazman tidak membuat apa-apa malah hanya melihat sahaja.
Ini menunjukkan bahawa Kazman tidak
boleh bertindak secara refleksi ke atas sesuatu keadaan dimana Kazman
sepatutnya cuba menurunkan isterinya yang terapung itu.
Kazman juga kelihatan tidak cuba untuk mencari Elly yang pada awalnya berada bersama isterinya . Perasaan takut Kazman telah mengawal pemikirannya serta mengarahnya bertindak keluar dari bilik meninggalkan isterinya begitu sahaja. Tanpa sebarang maklumat dan pengetahuan, dengan tiba-tibanya lelaki tua muncul dan membantu. Dari kata-kata lelaki tua itu dapat menggambarkan bahawa Kazman bukan sahaja tidak mempercayai alam ghaib malahan kurang berpengetahuan di dalam soal agama. Penggunaan grafik yang agak keterlauluan ketika orang tua hendak menyelamatkan anak kazman yang telah hilang dibawa lari oleh penunggu rumah. Sekiranya watak orang tua menggunakan perubatan tradisional yang kurang menggunakan grafik, filem ini boleh menjadi lebih baik. (289 patah perkataan)

KUMPULAN TELENOVELLA
MUHAMMAD NAZIRUL BIN KAMANSHAH
SX110208CJS04
NOR AZLIN BINTI ISMAIL
SX110916HRS04
SHASHABELLA BINTI NAAIM
SX110965HRS04
No comments:
Post a Comment