Siapa yang tidak kenal dengan trio Bujang Lapok ini. Filem yang mempunyai susulan dan rentetan yang menarik untuk segenap lapisan masyarakat dan usia ditontoni. Bujang Lapok adalah ilham Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee, menyatakan bahawa ini adalah '3 Stooges' versi malaya pada waktu itu. Dibawah penjenamaan Bujang Lapok sahaja terdapat 3 filem berjaya dilahirkan, ia itu Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok (1961).
Penulis ingin mengulas mengenai filem Pendekar Bujang Lapok. Di awal pengenalan filem ini, kita diperkenal dengan watak 3 orang lelaki bermusafir seolah tanpa arah tuju dan misi, menyanyi dan melepak di warung kopi memang seperti sifat-sifat orang melayu yang suka bersantai. Trio ini diberi nama, Ajis, Sudin dan Ramli. Mengambil nama sebenar pelakonnya sendiri. Trio ini dipertemukan dengan Pendekar Mustar, kagum dengan kehebatan ilmu silat Pendekar Mustar. Trio ini nekad belajar ilmu silat dari beliau. Permulaan cerita juga kita diajak untuk mengenali watak-watak jahat, seperti Sarip Dol, Tauke Sampan dan tidak lupa juga ahli keluarga Pendekar Mustar seperti Ani si pembantu rumah, Mak Ros dan juga si cantik manis Ros.
Ilmu dituntut di rumah Pendekar Mustar, Kampung Pinang Sebatang. Sudah namanya kampung, pastinya terdapat adegan-adegan yang mencuit hati berdasarkan suasana kampung tersebut. Paling Penulis tidak boleh lupakan ialah adegan trio ini belajar disekolah orang-orang tua disitu.
Adegan ini sangat lucu dan memberi makna yang cukup mendalam. Salah satu, yang kita boleh perolehi ialah jangan berlagak pandai walhal kita pun tidaklah pandai sangat. Umum ketahui pada waktu Malaya baru merdeka, tidak ramai yang mempunyai pelajaran yang tinggi. Hanya mereka yang kaya atau berkedudukan layak untuk menuntut ilmu. Pada waktu itu, orang melayu hanya berpuas hati dengan keadaan mereka dan rata-rata tidak mahu mengambil berat mengenai pendidikan. Penulis boleh kaitkan dengan nukilan Tun Mahathir dalam bukunya 'Dokor Umum' yang menyatakan melayu tidak sedar pentingnya pendidikan pada waktu sebelum dan awal kemerdekaan. Mungkin kerana Tan Sri P. Ramlee sedar akan keadaan ini, beliau ingin mengingatkan pada bangsanya sendiri akan kepentingan pendidikan walaupun sudah berumur namun kita masih sempat lagi belajar, bukankah kita belajar sehingga kita mati ?
Sudah namanya pun Pendekar Bujang Lapok, semestinya ada adegan-adegan kepewiraan ditonjolkan. Demi menyelamatkan si caintik manis Ros, trio ini bertanggung jawab menggalas tugasan itu. Perlawanan antara Sarip Dol dan Ramli sangat ditunggu-tunggu, malah Ajis dan Sudin yang berjaya menewaskan ramai geng Sarip Dol dengan kebijaksanaan mereka tidak pula mendapat tempat dimata Ros, hanya Ramli yang berjaya menawan hati Ros.
Sedikit pendapat penulis, filem-filem melayu sekarang masih lagi tidak dapat menandingi kehebatan filem-filem pada era kegemilangan filem melayu. Walhal teknologi semakin canggih, filem animasi CGI semakin rancak diputarkan, hantu dan mat rempit dijadikan modal filem. Tidak salah menggunakan apajua idea, biarlah yang kelakar memang kelakar, yang aksi benar pada aksinya, yang cinta romantiknya sehingga menitis air mata dan yang merempitnya sehebat di Kuala Lumpur.
Akhir kata dari penulis, selamat menjalani ibadah berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri. Berhati-hati di jalanraya kerana had laju sudah turun 10km sejam, maka banyaklah abang-abang polis dengan perkakasan mereka yang canggih untuk memerangkap anda semua jika mamandu tidak berhati-hati, anggaplah ini semua sebagai cobaaaaaaannnn.
Dari,
Firmanis
Adila
Najib
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete