Pengenalan
Filem ini adalah berdasarkan daripada
siri televisyen yang mengisahkan usaha pasukan polis Malaysia memburu dan membanteras
penjenayah. Bagaimanapun sebagai sebuah filem, Gerak Khas The Movie perlu
memperlihatkan kekuatannya yang tersendiri dan membezakan dirinya dengan Gerak
Khas siri televisyen. Jika tidak, filem ini sekadar sambungan siri televisyen
yang hanya dipindahkan dari skrin tv ke layar perak.
Dalam filem Gerak Khas The
Movie, watak-watak utama masih kekal dengan peranan masing-masing dan mereka
berhadapan dengan situasi jenayah yang hamper sama dengan siri-siri Gerak Khas
yang ditayangkan setiap minggu. Namun begitu, filem kali ini menampilkan beberapa
pelakon terkenal tanah air seperti Rosyam Nor, Nasha Aziz, Erra Fazira dan
Norman Hakim sebagai daya tarikan. Seperti biasa babak yang dipaparkan dalam setiap
episod adalah bagaimana anggota polis mengawal kesesakan lalulintas di Bandar Kuala
Lumpur serta adegan lucu dimana Detektif Lim dan Detektif Lingam sering berselisih
pendapat dan mereka bertengkar menggunakan bahasa masing-masing iaitu Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil.
Filem ini sebenarnya tidak memberikan
sebarang kelainan tetapi hanya penambahan adegan dan babak pergaduhan dalam skala
yang lebih besar di antara pasukan polis dan penjenayah. Masalah sindiket video
lucah dan cd cetak rompak serta pengedaran dadah dan pil khayal yang semakin berleluasa
sekadar lanjutan kegiatan jenayah yang di hadapi oleh pasukan Gerak Khas dalam drama.
Bagaimanapun, apabila watak Inspektor
Syafika (Erra Fazira) muncul dan mewujudkan hubungan mesra dengan Inspektor
Mazlan, maka satu plot baru yang menarik telah wujud untuk menjadikan jalan cerita
yang lebih menarik. Kemunculan Inspektor Syafika telah menimbulkan konflik dalam
hubungan antara Inspektor Mazlan dengan Inspektor
Aleeza. Sayangnya, Pengarah mengambil jalan mudah dalam menamatkan konflik hubungan
ini dengan mematikan sahaja watak Inspektor Syafika. Watak-watak yang lain sekadar
pelengkap untuk mewujudkan situasi dramatik, tegang dan lucu.
Pada pandangan penulis, sepatutnya banyak persoalan dan permasalahan sekitar
kehidupan dan tugas mereka yang memungkinkan sebuah plot cerita yang lebih menarik,
tetapi sayangnya tidak diteroka dan diolah
sebaik mungkin dalam filem Gerak Khas The Movie.
KUMPULAN ANAK NEGERI
MOHAMAD NAZME BIN ADZIZ SX122793HAFF04
NUR’AIN HAFIEZA BT RUSLI SX123239HAFF04
No comments:
Post a Comment