PENGARAH : Husain
Haniff
PENERBIT : Cathay
Keris Film
BAHASA : Bahasa
Melayu
KATEGORI : Filem
Cereka
GENRE : Aksi , Drama
KLASIFIKASI : U -
Untuk Tontonan Umum
DURASI : 123minit
TARIKH TAYANGAN :
1961
PENGARAH : Husain
Haniff
PENERBIT : Ah Loke
CERITA ASAL : Ali
Aziz
PELAKON
NORDIN AHMAD (Hang
Jebat)
M.AMIN (Hang
Tuah)
LATIFAH OMAR (Dang
Baru)
DATUK MAHMUD JUNE
(Pateh Karmawijaya)
SINOPSIS
Raja Melaka serta semua pembesar
istana sudah tidak sanggup menghadapi amukan Hnag Jebat di dalam istana
yang dianggap derhaka kepada raja. Tiada siapa yang berani mahu pun dapat
menghalang tingkah laku Hang Jebat.Lalu Bendahara Paduka Raja membuka rahsia
bahawa Hang Tuah masih hidup dan beliau berada di dusun Bendahara Paduka Raja
di Hulu Melaka,berguru dengan Syeikh Mansur.Raja menitahkan Tun Pekerma dan Tun
Kasturi agar menjemput Hang Tuah untuk pulang ke Melaka. Apabila Hang Tuah
pulang,beliau bermain senjata dengan Hang Jebat atas perbuatannya yang
menderhakai Raja. Hang Jebat tewas di Tangan Hang Tuah.
KRITIKAN
Filem ini menunjukkan ciri-ciri
kemelayuaannya yang jelas jika dibandingkan dengan penghasilan filem Hang Tuah. Ianya dilihat dari sisi Jebat, yang umumnya dianggap penderhaka.Namun, di sebalik tohmahan dan gelaran yang diberikan kepada Jebat perlu kita timbang, fahami dan luasi pemikiran kita atas rasionalnya tindakan Jebat itu.
Sikap antara Hang Tuah dan Hang
Jebat yang saling bertentangan dilihat kontra dalam filem ini.Hang Tuah adalah
seorang laksamana yang taat setia pada Sultan sehingga sanggup mengorbankan
saudara sendiri. Tuah adalah seorang yang tidak berpendirian dan ketaatannya pada Sultan seperti tidak kena pada tempatnya. Seharusnya Jebat
dipuji atas keberaniannya dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan
kebenaran. Sesungguhnya satu sifat yang wajar dan patut dijadikan contoh dan iktibar.Lihat pada adegan di mana Jebat sedaya upaya memperjuangkan prinsipnya
apabila Hang Jebat sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka kerana baginya raja adil
raja disembah, raja zalim raja disanggah. Bukan seperti Tuah yang hanya mengikut sahaja perintah daripada
Sultan malah turut menyanjungi sikap sultan yang zalim. Dalam konteks ini,
tidak mustahil ramai lagi Hang Jebat yang akan lahir disebabkan bukan semua
boleh tunduk pada sesuatu yang mereka rasakan salah dan tidak semua rakyat
tidak keterlaluan jika dikatakan ‘pengecut’ seperti Tuah. Dalam Hang Jebat kewibawaan
raja bukan sahaja dicabar tetapi dipersoalkan. Kewajaran hukuman raja ke atas
Hang Tuah tidak sahaja dipertikaikan keadilannya oleh Hang Jebat tetapi turut
dipersoalkan oleh permaisuri baginda.
Beberapa adegan ini memaparkan
Tuah menjejaki Jebat samada hidup atau mati atas perintah Sultan.Walaupun Tuah
datang dlam keadaan marah,namun Jebat masih berlembut dengan Tuah. Acapkali
juga Jebat menggelarkan Tuah sebagai saudaranya. Terdapat juga petikan Jebat
yang mengatakan ‘Cubit peha kanan,peha kiri juga terasa, sewaktu Tuah
mempersoalkan bahawa dia tidak pernah minta dibela. Dari petikan dialog ini
kita boleh membayangkan betapa akrabnya hubungan antara Jebat dan Tuah dan
betapa kasihnya Jebat terhadap Tuah. Jebat masih tetap cuba memujuk Tuah agar
bersamanya menentang Sultan yang zalim. Namun,kesetiaan Tuah kepada raja tidak
boleh disanggah. Tuah menolak, dan berlakulah adegan pertarungan pada
Tuah, namun pada Jebat ,dia menganggapnya hanya ‘main-main’. Di sini juga kita boleh melihat betapa agak memalukan bagi Tuah apabila Jebat sendiri tidak mahu membunuhnya sewaktu Tuah tewas tanpa senjata malah Tuah bertindak menendang kepala Jebat sewaktu Jebat merayu kepadanya seterusnya merampas kembali keris Taming Sari yang terlekat di dinding. Di satu sudut yang lain juga kita boleh melihat kesetiaan Jebat terhadap Tuah. Jebat enggan menentang Tuah dan menyerahkan dirinya untuk dibunuh. Walaubagaimanapun, Tuah enggan membunuh Jebat tanpa bertarung.
( sila klik pautan )
( sila klik pautan )
Yang menariknya,sewaktu adegan
dimana mereka sedang bertarung Jebat mengatakan bukan hanya mereka di
situ tetapi juga dayang-dayang istana juga.Pertarungan antara keduanya terhenti
seketika untuk memberi laluan kepada Hang Jebat menyuruh dayang-dayang tersebut
keluar ,sementara hang Tuah pula sempat mengunyah sireh.
Sewaktu pertarungan disambung
semula antara Tuah dan Jebat,Jebat sama sekali tidak menyangka Tuah tergamak
untuk menikamnya.Tuah pula terus berlalu meninggalkan Jebat yang cedera
ditikam. Di sini,kelihatan Tuah adalah seorang kawan yang tidak mengenang budi
dan tiada semangat setiakawan. Selepas ditikam,Jebat mengamuk membunuh orang
kampung kerana menganggap pembelaannya terhadap Tuah hanyalah sia-sia.
Susah payah dia mahu menegakkan keadilan untuk Tuah namun dia tetap dianggap
sebagai penderhaka. Hang Jebat telah luka parah datang menemui Hang Tuah.
Seakan menyedari kesilapannya, Hang Tuah ditonjolkan lebih bersimpati kepada
Hang Jebat. Di saat itu barulah dapat dirasakan erti persahabatan dan makna
persaudaraan antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Sebuah pengakhiran yang tragis
pada babak Jebat mati di pangkuan Hang Tuah yang dianggap sebagai saudaranya
sendiri. Babak yang menyentuh perasaan diiringi dengan alunan muzik yang kena
pada tempatnya. Pengajaran yang dapat diperolehi berbuat baik biarlah
berpada-pada dan buat jahat jangan sekali.
( sila klik pautan )
KUMPULAN
Nur Suriana Abu Bakar
SX090391BELJ04
Nurul Eleena Mohamad Azlan
SX090392BELJ04
No comments:
Post a Comment