KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi
yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di Malaysia.
Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof,
ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Aaron Aziz,
Ady Putra,
Soffi Jikan
dan Zizan Razak
ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari
penjara, ingin mengubah kehidupannya.
Penerbit dan Pengarang : Syamsul Yusof
Pengarah : Datuk Yusof Haslam
Di awal permulaan cerita dalam film ini, telah di
ceritakan creator pelakon. Yang mnejadi perhatian kami adalah watak Jai.
Walaupun ia bukanlah watak utama dalam film ini tapi ia merupakan tulang
belakang dan sumber kekuatan dalam menarik minat pengemar film tanah air untuk
menonton. Kami bawakan beberapa dialog asal di awal film ini.
“Jai...adik aku. Seorang
yang sangat ekstrimis. Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang untuk
mendapatkan wang. Dia, susah dikawal”.
Inilah kata-kata yang diungkapkan
oleh Malik, abang kepada Jai. Watak utama di dalam filem ini. Watak Jai sangat
member impak kepada keseluruhan jalan cerita filem cerita ini walaupun watak
Jai hanyalah watak sokongan kepada watak-watak yang lebih utama seperti watak
Malik dan watak musuh utama Malik iaitu Shak. Jai digambarkan seorang yang
sangat ganas dah hanya mementingkan wang di dalam hidupnya. Malah babak ganas
pergaduhan pertama di dalam filem ini melibatkan Jai.
Ajib, rakan Malik yang lebih lama di
dalam dunia gangster dari Jai juga mengakui akan sifat Jai yang ganas dan susah
dikawal. Jai tidak takut mati dan mempunyai hati keras seperti batu.
Antara dialog-dialog dan babak-babak
di dalam filem ini yang menggambarkan sifat keganasan dan sifat yang sangat
bertuankan wang di dalam diri Jai adalah seperti babak.“Aku taat pada yang satu”.
Apakah dan siapakah satu yang dimaksudkan Jai? Tidak lain wang lah yang
dimaksudkan oleh Jai sehingga sanggup belot kepada Dragon dan sahabatnya Ajip
apabila ditawarkan habuan wang yang lebih lumayan oleh Shak dari apa yang diberikan
oleh Dragon kepadanya.
Jai juga sedar akan
permusuhan yang bakal terjadi antara dia dan abangnya Malik dengan memilih
mengikut Shak. Namun kerana wang Jai sanggup bermusuh walaupun dengan abang
kandungnya Malik. “Abang tak abang. Siapa kacau aku pecah..!”
Kerana wang Jai sanggup meninggalkan kawan-kawan
seperjuangannya yang tidak bersetuju untuk belot kepada Dragon dengan mengikut
Shak yang kejam dan jahat.
Kerana wang Jai tidak mempedulikan ibunya yang tua.
Sepanjang ketiadaan Malik, ibunya terpaksa menyara hidup sendiri sedangkan Jai
sangat bermewah di dalam dunia gangsternya. Ibu Jai keseorangan sehinggalah
Malik kembali.
Tetapi pada babak berikut:
Babak yang menunjukkan Jai berjalan berseorangan
setelah tidak mendapat sokongan rakan-rakannya, memberi duit kepada kanak-kanak
dua beradik yang homeless dan sedang nyenyak
tidur di koridor rumah kedai dan menyelimutkan kanak-kanak tersebut amatlah
kontra dengan sifat Jai yang digambarkan di dalam filem ini. Babak ini sangat
tidak memberi impak terhadap perjalanan filem ini selain membantutkan momentum
keganasan sifat Jai di dalam filem ini. Pemurah dan mengasihani sepatutnya
tiada di dalam diri Jai. Adalah lebih terkesan kepada keganasan dan sifat hati
kering Jai sekiranya babak ini diolah
dengan menunjukkan Jai menyamun dan memukul kanak-kanak tersebut. Ataupun
membuang terus babak ini dari perjalanan filem ini.
dari kumpulan Sa-born
Baim sbg shark
eza sbg malik
Ezhar sbg Jai
No comments:
Post a Comment