Judul Filem : Antara Dua Darjat
Pengarah : P. Ramlee
Penulis : Omar Rojik(cerita & lakonlayar), P. Ramlee(dialog)
Jenis Cerita : Drama
Bahasa : Melayu
Ulasan Kritis
Antara Dua Darjat adalah filem yang diarahkan oleh
Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang mana mengisahkan tentang percintaan terhalang
antara rakyat marhaen dan anak golongan keturunan kerabat diraja. Pengarah
sememangnya layak dipuji kerana berjaya menhasilkan filem yang mempunyai jalan
cerita yang baik dan berani mengkritik sikap sesetengah golongan kerabat diraja
yang terlalu mementingkan status dan darah keturunan sehingga berlakunya
penindasan dan kezaliman terhadap rakyat biasa. Walaubagaimanapon terdapat
beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti di dalam filem ini.
Antaranya adalah pengarah terlalu mengagungkan cinta sehingga
membutakan mata dengan merakamkan adegan-adegan yang bersifat agak kebaratan
dan bertentangan dengan nilai-nilai islam seperti adegan bercengkerama pada
malam hari di dalam taman. Adegan seperti ini seharusnya perlu dilakukan dengan
lebih berhati-hati dan mengambil kira batas-batas islam kerana majoriti sasaran
penonton untuk filem ini adalah orang melayu yang beragama islam dan
ditayangkan disebuah negara islam, ianya dirisaukan akan mempengaruhi penonton
khususnya golongan muda yang sedang hangat bercinta untuk meniru adegan
tersebut dan menganggap perkara tersebut adalah biasa dan tidak salah sedangkan
ianya dengan terang bercanggah dengan nilai-nilai murni dalam Islam.
Selain itu terdapat juga adegan-adegan yang agak kurang
logik seperti babak dimana Ghazali ditembak di lengan dan selepas itu dia masih
lagi dapat bertumbuk menggunakan lengan yang cedera ditembak. Watak Ungku Aziz
di dalam filem ini juga menimbulkan keraguan dan persoalan kerana tidak
diperkenalkan dengan sempurna dan kehadirannya bersama Ungku Mukhriz dan Zaleha
di “honeymoon” mereka dirasakan tidak berasas dan agak kurang logik. Secara
logiknya, tiada siapapon yang akan membawa seorang kawan ke “honeymoon” mereka.
Secara
keseluruhanya, filem ini mempunyai idea dan penyampaian yang sangat baik dan
agak terbuka berbanding dengan filem-filem zaman sekarang. Kita boleh melihat
pada zaman ini mana mungkin cerita sebegini akan diterbitkan kerana sikap
keterbukaan yang agak terbantut di dalam industri perfileman semasa dalam
menyampaikan mesej dan idea, apatah lagi melibatkan kritikan terhadap
golongan atasan dan berkuasa di negara ini. Industri filem Malaysia akan
terbantut sekiranya perkara ini terus perpanjangan dan tidak diselesaikan
dengan bijak dan segera.
Disediakan oleh "Geng ROLL PIE"
Muhamad Amir Fazrie Bin Muhmad Jaffar (SX100681CJJ04)Mohamad Fairuz Bin Adnan (SX100661CJJ04)
Mohamad Abdul Hadi Bin Mohamed Ali (SX081686CJJ04)
No comments:
Post a Comment