Ditayangkan kepada tontonan umum pada Jun 2009 , filem yang bergenre seram komedi ini dibintangi oleh si manis Lisa Surihani ,Zarina dan Dina serta barisan pelakon-pelakon hero mantap seperti Shaheizy Sam , Cat Farish , Mazlan Pet Pet , Azlee Jaafar , Piee dan Den Wahab.
Mari kita sentuh mengenai lagu tema filem ini iaitu Senandung Malam.
Ini adalah adegan lagu 'Senandung Malam' dari filem 'Jangan pandang belakang congkak.. . Walaupun ini merupakan filem seram tetapi pengarah filem cuba sampaikanya dalam bentuk komedi. Lagu 'Senandung Malam'l yang dinyanyikan oleh Waheeda untuk filem ini yang kemudiannya dinyanyikan oleh Zarina, Dina, Lan Pet Pet, Cat Farish dan juga Shaheizy Sam.
Lagu 'Senandung Malam ' ini memang sedap dan merdu didengar. Tidak boleh dinafikan jika dikatakan lagu jawa ini memang memang akan memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Memang kelakar pengarah memasukkan adegan lagu dalam filem seram. Tetapi ia dapat diterima umum memandangkan ianya filem seram komedi. Memang pengarah filem ini faham akan citarasa orang Malaysia rasanya. Jika difikir secara logik memang tidak mungkin hantu-hantu boleh menyanyi lagu.
Lagu Senandung Malam ini amat puitis liriknya jika difahami .
Ohhhhh wahai malam
Dengarkanlah rintihanku
Ohh dingin malam sayu kedengaran
Sayu….. aku mendendangkan lagu untukmu
Oh senandung malam hari
Aku terfikirkan lagi..harus
Senandung malam aku terkenangkan kamu kini
C/o ohhh angin malam bawakan aku pulang
Khabar berita yang tenang
Rinduku padamu sayang
Orang yang jauh ku kenang
Oooo angin malam
Bila malam ku mencari
Wajahmu kekasih ohhh
Terbayang sayu wajahmu
Oh kekasih yang jauh dariku
Yang ku tunggu-tunggu
Rap Dah la tu dah ku kata dah
Ku kirim berita
Bukan bagus ku rindukan keroncong
Perut yang kosong
Isi sebelum bertembung
Berhubung sebelum melopong
Ikut ronggeng cun cak
Bernada lenggak lenggok
Sedozen Waheeda
Senada irama seluruh lautan
Segenap pelusuk lusuk
Hingga ke hatinya bak si selasih senandung
Lenggoknya keroncong
Sampaikan salamku yang
Angin malam di hari yang dingin
Hasrat di hati yang ingin terbang tinggi
Tak nak berfikir
Bayang malam tanpamu
Senandung angin berlagu
Begitulah jua aku yang lemas kelam tanpamu
Dan nafasmu bagai azimat
Nakhoda ketika badai gelora
Rempuh rebut yang ku kan gayung kekal nama mu
Oooo Wa Wa Waheeda bawa wa walah ber sabar
Pejam ce ce celik tiba rindu ja ja jangan tiba
Rindu ra ra rasa ini
Tidak dak dak berganti
Sedozen kan menanti
Dibelai bayang wajah yang disayang bulan terang
Sampaikan salam saying
Rindu kalbu yang dikasih
Yang disayang selalu ku lagukan
Rinduku biar semua tahu
Oh angin malam bawaku pulang
Khabar berita yang tenang
Pada pandangan kami, babak filem ini memberi kesan yang besar terhadap dunia seni kreati perfileman. Ini kerana nyanyian yang dilakukan pada waktu senja. Seringkali kita lihat watak godaan makhluk halus ini pada waktu malam.
Selain itu, filem ini menyorot imiginasi penonton agar percaya akan makhlus halus yang serupa dengan tubuh badan manusia. Babak ini akan lebih berkesan dengan pemberian kesan teknologi terhadap pelakon yang melakonkan watak hantu tersebut.
Ahli Team Robo:
1. ARDI SHAH ERWAN BIN ABD RAHIM
2. NUR HAFIZAH BT MOHD YASIN
3. M.SATHIABANU A/P MUNIANDY
No comments:
Post a Comment