Pengarah : Effendee
Mazlan , Fariza
Azlina
Syarikat Pengeluar : Primeworks
Studios Sdn Bhd (Formerly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.), Red
Films Sdn. Bhd.
Bahasa: Malay
Kategori : Feature Film
Ciri-ciri: Action, Drama
SINOPSIS
Secara keseluruhannya Songlap adalah sebuah
filem, pada definisi sebenar yang memberikan gambaran akan kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat terutama isu pemerdagangan manusia. Ia menonjolkan kehidupan
yang penuh pancaroba dua orang adik beradik yang sememangnya dilahirkan di
dalam dunia gelap atau anak jalanan iaitu Am dan Ad. Kedua-dua adik-beradik ini
mempunyai kehendak dan juga personaliti yang berbeza namun disatukan atas satu
tujuan yang sama.
KOMEN / PANDANGAN
Keudaranya filem Songlap sedikit sebanyak
membawa perubahan dalam industri filem di Malaysia. Jika dilihat, kebanyakan
penerbit filem Malaysia mengetengahkan genre Cinta, Rempit, Seram dan Komedi yang
membawa jalan cerita hampir sama. Situasi ini mula memualkan para penggemar
filem di Malaysia, tanpa perlu berfikir, perjalanan cerita yang ingin
diketengahkan oleh para pembikin filem boleh dibaca oleh penonton apakah seterusnya
yang akan berlaku.
Elemen sosial, kekeluargaan dan kemanusiaan
ini mungkin kurang relevan di mata dan hati penonton kita tetapi filem Songlap merupakan
sebuah produk yang cukup unik. Dalam menonjolkan tentang kehidupan gelap
adik-beradik yang terpaksa dijalani tanpa rela namun hubungan kasih sayang antara
adik-beradik tetap diketengahkan kepada umum.
Konflik timbul dalam realiti kehidupan yang
terpaksa berdepan dengan situasi kesengsaraan dan pemberontakan sehingga
pertalian darah menjadi taruhan. Mainan emosi jelas dipancarkan melalui luahan
perasaan tentang kehidupan, tanpa disedari memori gelap masa kecilnya
menjadikan dirinya sekarang. “Bermula dengan detik hitam, namun lama-kelamaan
mula timbul perasaan berperikemanusiaan dan cuba berubah untuk menjalani
kehidupan baru”. Secara kolektifnya, Songlap wajar disifatkan baik kerana bukan
sahaja punya pengisian dan pengajaran yang baik, malah disokong oleh para
pelakon yang berkesan.
Disediakan oleh :
Mohd Azlan Bin Omar Baki SX112417HFF04
Ahmad Jabir Bin Noordin SX110737HFS04
Hairulizwan Bin Mohd Hairudin SX112412HFF04
No comments:
Post a Comment