Friday, 2 August 2013

Perempuan, Isteri dan . . .



Ulasan:
Perempuan, Isteri dan . . . adalah filem kontroversi yang ditayangkan pada 1993 diarahkan oleh U-Wei Haji Saari. Filem ini mengisahkan sisi gelap watak seorang perempuan yang dilakonkan oleh Sofia Jane dilihat kurang “natural” dalam penghayatan watak sebagai seorang yang pernah menjadi pelacur dan Nasir Bilal Khan melakonkan watak Amir yang pemarah dan berdendam akibat rasa malu dan kecewa terhadap zaleha dengan sangat berkesan dari segi riak muka, pelakuan dan penghayatannya. U-Wei boleh dianggap seorang yang liberal dan berani membawa penceritaan filem ini dengan sejujurnya kebenaran realiti kehidupan dengan plot imej di dalam filem yang simbolik untuk penonton berfikir apa yang hendak disampaikan.



Komen Part 13:
1.       Zaleha tidak sangka Tapa menjadi gila sehingga bunuh majid tetapi mengapa dia memberitahu Tapa mengenai Majid dan apa yang dia sangka Tapa akan buat?
2.       Tapa sudah menggila, adakah Tapa mempunyai masalah mental sehingga dia membunuh Majid, senangnya nak bunuh orang?
3.       Amir seakan tidak mengetahui apa yang isteri dia buat dibelakangnya. Adakah akibat nasi kangkang?
4.       Sekampung pegi serang rumah Tapa, macam mana tahu Tapa larikan Zaleha? Kerjasama betul orang kampung ini. Adakah ini realiti yang berlaku dikampung-kampung di Malaysia.
5.       Amir dah mula sedar dari nasi kangkang? Bagaimana? Apakah nasi kangkang mitos atau realiti?


Komen part 14:
1.       Amir karektor yang cukup panas baran? Amat menyintai Zaleha? Tidak jelas percintaan Amir dan Zaleha sehingga Amir amat obses terhadap Zaleha.
2.       Trendsetter di kampung itu? Siapa Zaleha sebelum kejadian lari daripada majlis kawin dia dan Amir?
3.       Amir sendiri menimbulkan persoalan mengapa Zaleha meninggalkan dia sewaktu majlis kawin. Satu persoalan yang tidak terjawab. Tidak jelas lagi mengenai watak dan jalan cerita.
4.       Bila di amati betul-betul Amir juga macam ada masalah mental yang kronik, sehingga sanggup membunuh demi perempuan. Adakah lelaki akan menjadi sebegini jika melibatkan wanita yang dicintai.
5.       Macam biasa abang polis paling last tahu, time datang siap posing depan budak2 main, baru jalan hahahahaha.
6.       Scene budak sunat berjalan???????ape simbolik ni?(x paham)


Filem ini bertolak dari kekuatan watak yang menggerakkan plotnya dengan lakonan yang penuh sensitif dengan setiap gerak, setiap riak wajah bukan hanya mengalirkan emosi, mencipta mood dan ritme tetapi adalah keupayaan mentafsir resah dan gelodak rasa dalaman perwatakan yang tersendiri. Maka setiap gerak dan reaksi dari interaksi setiap pelakon akan membentuk uniti dan keharmonian yang seharusnya memberi makna dan memperkuatkan keseluruhan filem ini. 

2 comments:

  1. Geng Kroni:

    Ahmad Zahili B. Mohd Noor (SX111379SCJ04)
    Mohammad Faizal B. Ali Othman (SX111746CRS04)
    Hafiz B. Ahmad Desa (SX110196SCJ04)

    ReplyDelete
  2. Sinopsis:
    Zaleha melarikan diri dari kampung pada hari perkahwinannya dengan Amir lalu berkahwin dengan kekasihnya Jalil di selatan Thailand. Amir menyimpan dendam dan menjejaki Zaleha untuk menebus malunya.


    Zaleha dijual kepada Som Chai dan dipaksa menjadi pelacur. Namun dendam Amir belum terpadam, setelah 6 bulan dia kembali semula lalu mengambil Zaleha untuk dibawa pulang ke kampung.

    Dalam perjalanan, Zaleha berjaya memerangkap Amir dan mereka akhirnya berkahwin. Semasa di kampung, Zaleha mula mencetuskan kontroversi yang bakal memusnahkan hidupnya.

    ReplyDelete