Filem :
Ibu
Mertuaku (1962)
Arahan :
P.
Ramlee
Terbitan :
Shaws Malay Film Production
Pelakon Utama :
P.
Ramlee sebagai Kassim Selamat
Sarimah
Ahmad sebagai Sabariah
Mak
Dara sebagai Nyonya Mansor
Ahmad
Mahmud sebagai Dr. Ismadi
Zaiton
sebagai Chombi
Ahmad
Nisfu sebagai Maidin
Zainon
Fiji sebagai Mami
Ulasan Filem :
Filem
yang mengisahkan cinta dua darjat antara Kassim Selamat dan Sabariah yang
berbeza taraf kehidupan cuba dipaparkan melalui filem arahan P. Ramlee kali ini.
Dengan membawa tajuk Ibu Mertuaku, filem arahan beliau tidak menampilkan
seorang wira hebat sebagai teraju utamanya. Kassim Selamat digambarkan sebagai
seorang pemuzik yang gagal menguruskan kewangan sehingga mengakibatkan
perpisahannya dengan isteri serta anaknya dan kesengsaraan hidupnya yang
berterusan di sepanjang jalan cerita ini. Sabariah juga dilihat bukanlah seorang
wanita yang benar-benar setia untuk bersama suami pilihannya sendiri dalam menanggung
kesusahan hidup bersama. Filem ini diperkuatkan dengan watak Nyonya Mansor
iaitu ibu kepada Sabariah, seorang janda tua yang kaya dan amat mementingkan
harta benda. Watak seorang ibu yang menghalang jodoh pilihan anaknya yang
berbeza taraf ini dilihat realistik kerana sebagai ketua keluarga dia berhak
mengatur hidup anak tunggalnya demi melindungi masa depannya sendiri walaupun
ia digambarkan sebagai watak jahat untuk memberikan impaks kepada jalan cerita.
Kisah dimulakan dengan komedi romantik dalam tiga puluh minit pertama
penceritaan dengan pertemuaan Kassim dan Sabariah melalui blind date yang diatur oleh Sabariah sendiri. Babak ini dilihat
logik kerana pada zaman tersebut, seorang pemuzik seperti Kassim Selamat tidak
terdedah kepada media cetak kerana hanya suara yang diperdengarkan di radio. Seterusnya
jalan cerita dibebani dengan kisah-kisah sedih dan tragis kehidupan cinta
antara dua insan ini. Berita kematian palsu Sabariah yang didalangi oleh Nyonya
Mansor menjadi titik hitam dalam kehidupan Kassim Selamat yang seterusnya
menjadi buta dan hidup melarat. Disini bermulalah dua jalan cerita berbeza di mana
kisah pertemuan Kassim Selamat dengan watak-watak baru iaitu Mami, Maidin dan
Chombi yang memberikan sinar baru dalam hidupnya manakala watak Sabariah
dikahwinkan dengan Dr. Ismadi dengan helah Nyonya Mansor. Babak Kassim Selamat
yang ingin menukar nama pentasnya kepada Osman Jailani dilihat sebagai satu
kekecewaan yang mendalam terhadap kisah silamnya sendiri.
Watak-watak utama
iaitu Kasim, Sabariah dan Nyonya Mansor dipertemukan semula melalui babak
rawatan mata yang dibuat secara percuma oleh Dr. Ismadi kepada Kassim Selamat. Penipuan
Nyonya Mansor dengan memalsuan kematian Sabariah terbongkar melalui babak di
kubur apabila Nyonya Mansor menunjukkan kubur orang lain kepada Kassim Selamat.
Watak Nyonya Mansor juga tidak dihukum secara fizikal namun hukuman emosi
diberikan sebagai satu bentuk penyesalan. Dr. Ismadi pula, menganggap rawatan yang diberikan untuk memulihkan mata Kassim Selamat sebagai satu balasan kerana memperisterikan Sabariah. Ini mencabar keegoan lelaki Kassim Selamat yang selama ini menganggap Sabariah terlalu suci untuk dirinya. Kisah diakhiri apabila Kassim Selamat
membutakan matanya sendiri kerana tidak sanggup melihat dosa-dosa orang lain yang dilakukan kepada dirinya.
Babak Kassim Selamat terima telegram
Babak Kassim Selamat tukar nama
Babak Kassim Selamat dan Dr. Ismadi
Babak Kassim Selamat butakan mata
DARI KUMPULAN TENGKU ;
Ku Norasriza Binti Ku Ahmad
Harnaine Binti Pusiran
Noor Azlin Binti Mohammad
No comments:
Post a Comment