Friday, 2 August 2013

Seniman Bujang Lapok



Penilaian Kritikal Filem Seniman Bujang Lapok
415px-SenimanBujangLapok.jpeg Filem komedi arahan P.Ramlee pada tahun 1961  ini mengisahkan usaha 3 rakan karib – Ramli, Sudin dan Aziz – untuk mengatasi masalah mereka membujang akibat pengangguran.
Jalan ceritanya yang mengandungi permasalahan, kemuncak dan penyelesaian telah memenuhi keperluan unsur-unsur drama. Masalah utama yang dipaparkan berkaitan kisah Ramli yang tidak dapat mengahwini Salmah kerana tiada wang akibat pengangguran dan persaingan di antara Ramli dan  Sarip yang telah meminangnya. Kemuncaknya  apabila Sarip telah membakar rumah Salmah sebagai balasan apabila pinangannya telah ditolak. Penyelesaiannya pula apabila Sarip ditangkap setelah tewas bertarung dengan Ramli lantas membolehkan dia mengahwini Salmah.
Walau bagaimanapun, jalan ceritanya kurang kemas kerana mengandungi banyak selingan jenaka yang tidak berfungsi untuk mengukuhkan jalan cerita. Contohnya, adegan di mana 3 sekawan telah meleraikan sepasang suami isteri yang sedang bergaduh dan adegan mereka beratur menunggu giliran  menggunakan tandas.
Namun demikian, filem ini ada nilai-nilai berikut:
1.       Nilai motivasi : Mendorong orang-orang bujang dan penganggur untuk berusaha mengatasi masalah seperti 3 sekawan ini.
2.       Nilai sejarah : Merekod harga barang, kenderaan, pakaian, bahasa dan cara penggambaran filem dibuat menjadi rujukan generasi akan datang. Memberi gambaran sebenar masyarakat pada awal 1960an di mana mereka terbiasa dengan meminum arak, berkhalwat dan perempuan melayu tidak bertudung.
3.       Nilai kreatif : Kaedah penggambaran di dalam penggambaran digunakan untuk pertama kalinya dalam  filem tempatan (dan kemungkinan pertama kali di dunia).
4.       Nilai seni : Memaparkan keindahan lagu melayu melalui nyanyian pelakon-pelakon.
Biarpun filem ini ada memaparkan nilai-nilai budaya yang asing bagi masyarakat masakini, ianya tetap satu khazanah budaya yang perlu disanjungi.

Siti Aishah binti  Alet  (SX 095558HFD04)
Lee See Peng (SX 111148MMS04) 

1 comment: