TAJUK : SEMBILU (1994)
PENGARAH : YUSOF HASLAM
PELAKON : AWIE, ERRA FAZIRA, ZIANA ZAIN, MUSTAPHA KAMAL
ULASAN FILEM
Filem Sembilu ini adalah salah satu filem arahan Pengarah terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam. Filem ini dilakonkan oleh pelakon terkenal. Di antara pelakon utama filem ini adalah Awie, Erra Fazira, Ziana Zain dan Mustapha Kamal. Filem ini bergenre percintaan dimana ia mengisahkan berkenaan percintaan tiga segi diantara Awie (Awie) dengan Wati (Erra Fazira) dan Ziana (Ziana Zain).Awie dan Wati mula mengenali dan bercinta sejak dari zaman persekolahan. Apabila dewasa Awie menjadi seorang penyanyi rock. Cinta mereka amat direstui oleh ahli keluarga.
Konflik percintaan mereka bermula apabila abang Wati iaitu Azman (Mustapha Kamal) tidak menyukai Awie sebagai penyanyi rock. ini adalah kerana Azman mempunyai kisah silamnya sendiri bersama bekas isteri beliau yang juga seorang penyanyi. Oleh sebab itu beliau tidak menyukai adiknya berkahwin dengan penyanyi kerana takut nasib adiknya akan sama seperti beliau.
Didalam masa yang sama Awie telah berjumpa dengan Ziana (Ziana Zain) di sebuah kelab malam. Ziana juga adalah seorang penyanyi di kelab malam dan Ziana amat meminati Awie. Cinta Awie terhadap Wati amat mendalam sehinggakan lagu "Di Ambang Wati" menjadi simbol percintaan mereka. Oleh itu, Ziana telah merancang sesuatu supaya dia dan Awie dapat bersama. Akhirnya Awie telah difitnah bersama Ziana dan ini telah menimbulkan rasa kecewa Wati terhadap kesetiaan Awie. Akhirnya Ziana dapat memernagkap Awie supaya mereka bersama, tetapi hubungan mereka tidak lama kerana cinta Awie terhadap Wati amat mendalam. Azman sangat membenci Awie sehinggakan sanggup membuat apa saja asalkan adiknya tidak berkahwin dengan Awie. Tetapi ikatan cinta antara Awie dan Wati sangat kuat, akhirnya Azman dimasukkan ke penjara dan hubungan cinta Awie dan Watie kekal.
Cerita ini sangat popular pada tahun 1994 dan telah menaikkan industri filem negara atas kejayaan filem ini. Filem ini amat diminati oleh penonton dan lagu-lagu didalam filem ini sering dimainkan. Cerita ini banyak mengisahkan tentang konflik percintaan dan keluarga dan ia juga mempunyai mesej tersendiri. Filem ini juga telah dilakonkan semula dan diubah mengikut zaman pada tahun 2005 serta wataknya dilakonkan oleh pelakon baru.
Disediakan oleh :
Kumpulan Parit
Ahli Kumpulan : 1) Muhammad Alfie Bin Azizan
2) Mohd Irshafrin Bin Mohd Gemakir
3) Muhamad Khusairi Bin Faroha
No comments:
Post a Comment