Friday, 2 August 2013

JANGAN PANDANG BELAKANG

Filem Tahun: 2007
Penerbit: David Teo
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon Utama: Pierre Andrea


Cerita JANGAN PANDANG BELAKANG berkisar mengenai watak utama, Darma (Pierre Andrea) yang cuba menyelesaikan misteri bekas tunangnya yang mati kerana membunuh diri.

Pada pandangan penulis, filem ini hanyalah sekadar filem misteri yang biasa walaupun pengarah filem ini menyatakan ianya bergenre seram. Walaupun Pengarah filem ini telah mencuba sehabis baik untuk menjadikan filem ini menarik, tetapi teknik penyampaian cerita adalah hambar dan jalan ceritanya juga adalah perlahan. Berlaku adengan yang seram pada bahagian awal filem tetapi menjadi semakin bosan di penghujungnya.

Jika dilihat pada keseluruhan filem, tiada jalan cerita mengenai bagaimana saka tersebut wujud, bagaimana saka tersebut boleh mendamping keluarga berkenaan, apakah punca saka tersebut diperlukan oleh keturunan keluarga tersebut menjadikan penonton tertanya-tanya dan tidak faham.

Lakonan watak utama yang kurang menyerlah juga boleh dilihat seperti percakapan yang terlalu laju sehingga dialog menjadi kurang jelas menjadikan penonton kurang faham apa yang ingin disampaikan.
Hanya beberapa mesej yang penulis berjaya dapatkan daripada filem ini. Antaranya ialah tidak mengutip barang yang tidak diketahui asal-usulnya dan hanyalah Allah S.W.T. tempat untuk kita sebagai umat Islam meminta bantuan itupun pada pertengahan dan penghujung filem sahaja.



Kesimpulannya, sungguhpun filem ini mendapat kutipan yang tinggi, tetapi jalan ceritanya agak menghampakan. Pengarah filem mungkin cuba untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya tidak mempercayai perkara yang boleh mensyirikkan Allah S.W.T, tetapi tidak berjaya.

Ditulis oleh:

Kumpulan: WARIS
Mohd. Faizollizam bin Hassan
Lutfi Azizi bin Hj. Manja
Mohamad Aizuddin bin Fadzil

No comments:

Post a Comment