TAJUK: Bunohan
GENRE: Drama Aksi
PENGARAH: Dain Said
PELAKON: Zahiril Adzim, Faizal Hussien, Pekin Ibrahim, Bront Palare, Wan Hanafisu, Tengku Azura
TERBITAN: Apparat
Sekali Imbas:
Filem ini merupakan sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik iaitu Ilham(Faizal Hussein), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Adil (Zahiril Adzim) serta bapanya (Wan Hanafisu) yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Bunohan merupakan nama bagi kampung asal mereka yang terletak di pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. Mereka bertiga terpisah sejak kecil dengan membawa haluan masing-masing. Namun mereka akhirnya kembali ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan.
Ulasan Penuh:
Gambaran filem Bunohan pada awalnya tidak jauh seperti sebuah filem aksi semata-mata kerana ceritanya bermula dengan perlawanan tinju oleh Adil yang digelar Bunga Lalang bersama pihak lawan dengan suasana kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. Tidak dinafikan lagak aksi Adil yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim sebagai peninju tidak ubah seperti seorang peninju professional, namun Bunohan bukanlah sekadar filem aksi semata-mata tetapi sebaliknya ia merupakan drama berat yang penuh dengan erti tersirat. Kisah dan drama mengenai adik beradik yang punya ideologi tersendiri itu telah disampaikan dengan cara yang sangat mendalam sehinggakan apa yang digambarkan kadangkala sukar untuk ditangkap dan difahami dengan mata kasar.
Selain itu, ia penuh dengan nilai-nilai dan pengajaran yang tinggi dalam setiap babak yang dimainkan oleh setiap pelakon. Malah, sukar untuk menyamakan filem ini dengan mana-mana filem kelahiran anak tempatan.Selain itu, setiap watak yang dimainkan punya motif yang subjektif dan sukar dijangkakan. Malah jika diamati kembali, nama bagi ketiga-tiga adik beradik ini juga sudah membayangkan makna bagi karakter masing-masing di mana Ilham seorang yang sukar dijangka sikapnya kerana dia seorang yang pendiam dan terlalu sayangkan maknya tetapi bersikap kejam dengan menjadi pembunuh upahan manakala Bakar merupakan satu-satunya api yang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya termasuk keluarga untuk mencapai kekayaan.Sementara itu Adil, berperwatakan seperti namanya juga iaitu cuba bersikap adil. Adil cuba mencari keseimbangan dirinya dalam keluarga dan adik beradiknya.
Dalam pada itu, lakonan Pekin Ibrahim juga boleh dipuji dan kami percaya bahawa dia satu-satunya abang sulung yang baik dan cuba menyatukan adik beradiknya. Namun sangkaan itu meleset kerana dialah dalang semuanya demi memenuhi kepuasannya. Zahiril Adzim pula tidak kurang hebatnya. Lakonannya kali ini lebih serius, dan wataknya seperti sudah sebati dengan diri dan jiwanya. Selain mempunyai garapan cerita yang hebat, Dain Said juga seorang pengarah yang menintik beratkan seni sinematografi dalam filemnya kerana setiap gambar yang diambil sangat teliti. Pergerakan kamera nampak kemas dan teratur. Meskipun filem ini nampak seperti sangat sempurna daripada awal hingga akhir, namun adegan bangau dan burung patung yang terdapat dalam babak Faizal Hussein di dalam paya bakau nampak sangat palsu dan ketara namun kecantikan sinematografi dan permandangan alam semula jadi yang diambil dalam setiap babak menyelindungkan kecacatan tersebut.
DARI KUMPULAN LAHAD DATU
Shairul Shahrizan bin Ishak@Isah (SX112060CRF04)
Mohd Khairil Hafiz bin Abd Rani (SX110287CRS04)
Zulkifly bin Ismail (SX110340CRS04)
No comments:
Post a Comment