Pernahkah anda melihat pertandingan laga lembu di Malaysia? Memang
perlagaan lembu adalah haram di sisi undang-undang Malaysia.Tetapi, jika anda
ingin juga merasai sendiri pengalaman bagaimana lembu-lembu diadukan secara
kejam, boleh berkunjung ke selatan Thailand.Di sini tradisi perlagaan Lembu
masih lagi wujud dan ia menjadi suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga
Thailand di sana.Namun, apa yang ingin dibincangkan juga adalah berkaitan
dengan laga lembu,dan simboliknya kepada kehidupan masyarakat Melayu. Filem Jogho diangkat ke layar perak oleh pengarah tersohor
U-Wei Haji Shaari diadaptasikan dari Novel Juara karya S.Othman Kelantan.
Sinopsis: Mamat (Khalid Salleh) terkenal kerana kehandalannya
mengadukan lembu.Mamat sebenarnya adalah seorang pemain politik.Politikus yang
kalah dalam pilihanraya di sebuah daerah di Kelantan.Lalu, membina hidup yang
baru bersama-sama keluarganya di selatan Thailand.Saat itu, bermulalah era baru
dalam dunia Mamat.Dunia laga lembu.Pada suatu hari, kawan baiknya, Mat Lazim
telah mati ditembak setelah pulang menyertai suatu pertandingan laga
lembu.Mamat berazam untuk mencari dan menuntut bela di atas kematian kawan
baiknya itu.
Minit ke-6 hingga 10.
Komen:
Khalid Salleh sememangnya seorang pelakon yang berkarisma.Berikanlah watak apa
pun, pasti dia mampu melakonkannya dengan begitu baik.Lakonan mantapnya
menghidupkan filem ini.Lakonannya benar-benar hidup.Watak Mamat sebagai seorang
ketua keluarga, Ketua kepada kumpulannya dalam usaha menjejaki pembunuh Abang
Lazim benar-benar dihayati.Ekspresi menerusi dialog, mimik muka menambahkan
lagi karisma Khalid sebagai pelakon berbakat besar.Dari segi bahasa, filem ini
memerlukan penghayatan kerana loghat Kelantan yang digunakan agak pekat
bercampur aduk bersama dialek Patani.Menerusi filem ini, U-Wei cuba
menyampaikan mesej bahawa para politikus yang berada dalam dunia politik sama
seperti dua ekor lembu yang berlaga sesama sendiri demi mendapatkan keuntungan
yang tak seberapa. Jogho adalah sebuah filem artistik.Filem
yang benar-benar membuka minda kita menelusi falsafah politik dan
kehidupan.Menggunakan watak lembu yang diadu, ia membuka ruang untuk penonton
berfikir tentang kehidupan. Mungkin penonton kita bukanlah
penonton yang sentiasa berfikir, tetapi sesekali meluangkan masa melihat filem
sebegini akan membuatkan kita berfikir kembali tentang hidup yang kita jalani
ini. Pada permulaan cerita kami mengalami kesukaran untuk memahami dialek yang
mereka ketengahkan dalam filem ini, oleh itu kami mengambil masa yang agak lama
untuk memahami perkataan semasa berdialog. Setelah mengerah segala keringat dan
berfikir secara kreatif dan kritis kami mengambil bahagian didalam filem ini
dimana Pak Mamat lakonan Khalid Salleh menyedari bahawa isterinya Minah lakonan
Normah Damanhuri bermasam muka walaupun sudah berulang kali suaminya memanggil.
Rupanya Minah sudah tidak tahan lagi dengan perangai suaminya yang terlampau
ekstrem dengan aktiviti pelage lembu tanpa mengira kebajikan untuk anak-anak
dan isteri dirumah. Sehingga Semah anaknya sakit pun tidak dihantar ke hospital
bagi menyembuhkan penyakit tersebut, barang-barang kemas Minah juga habis
digadaikan untuk dijadikan wang pertaruhan untuk Calet dalam pertarungan pelage
lembu. Minah juga seorang yang setia kepada suami dan menurut segala perintah
suaminya tanpa membangkang sehingga disedari oleh suaminya Pak Mamat. Dalam
klip yang kami pilih ini Pak Mamat adalah seorang pejuang yang tidak mudah
menyerah kalah sehingga ke akhirnya dan sentiasa yakin pada diri sendiri dan
berusaha selain berserah kepada tuhan yang akan menentukan nasibnya. Selain
mahukan anaknya Jusoh yang belajar di Kelantan lebih Berjaya sehingga ke
Universiti, tetapi perbuatan Pak Mamat menyertai pelage lembu adalah salah
disisi undang-undang kerana ia menyiksakan haiwan tersebut semata-mata untuk
bergembira dan mendapatkan wang pertaruhan tersebut bagi menyara isteri dan
anak-anak. Duit pertaruhan yang diperoleh
juga jika memenangi perlawanan tersebut juga adalah haram dan dikira sebagai
berjudi, dan dengan duit itulah Pak Mamat mahu menyara keluarga mereka yang
sedang kesempitan disebabkan sikap Pak Mamat tersebut. Dalam klip ini juga,
Minah ada menyatakan kepada Pak Mamat jika Calet kalah dalam perlawanan
tersebut bagaimana mereka mahu meneruskan hidup kerana wang yang sedikit pun
habis digunakan untuk aktiviti tersebut. Dalam hal ini, hanya kata-kata Pak
Mamat sahaja yang betul dan kata-kata isterinya tidak diendahkan, jika
kekalahan itu berlaku kepada Pak Mamat dan lembunya Calet bagaimana caranya
beliau ingin menyara kehidupan keluarga kerana dengan hanya melagakan lembu
sahajalah pendapatan dan kebolehan yang ada pada Pak Mamat untuk dilakukan.
Sebelum ini juga, keluarga mereka juga berpindah randah dari Kelantan ke Patani
bagi meneruskan hidup.
Dari
Kumpulan Lisa
Muhammad
Yusri
Cardina
Thomas Thaboh
Mohd
Syazwan
No comments:
Post a Comment