Pengenalan
Mukhsin. Sebuah filem Melayu tahun 2007
edaran Grand Brilliance Sdn Bhd. Ia merupakan sebuah filem arahan sutradara terkenal
Yasmin Ahmad. Merupakan filem ketiga arahan beliau selepas Sepet (2004) dan Gubra
(2006).
Plot
Utama
Mengambil
latar belakang di Sekinchan, Sabak Bernam
pada tahun 1993, filem ini berkisar
tentang cinta pertama seorang budak perempuan berumur 10
tahun bernama Orked (Syarifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya) bermula apabila
seorang budak lelaki berumur 12 tahun,
Mukhsin (Mohd Shafie Naswip), datang dengan abang dan ibu saudaranya untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung
beliau.
Jalan cerita di sekitar filem ini agak mudah,
mengiringi kisah cinta monyet dua kanak-kanak terbabit,
adalah adegan kehidupan di sebuah kampung
di Malaysia dan kisah hubungan dalam
kekeluargaan. Kebanyakan adegan keluarga berkisar
antara Orked dan ibu bapanya, Inom (Syarifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya) dan Atan (Irwan Iskandar). Watak Kak Yam (Adibah Noor) sebagai pembantu rumah mereka menguatkan lagi kisah keluarga ini. Keluarga
lain yang diberi perhatian dalam filem ini adalah keluarga Mukhsin dengan abangnya
yang tersesat dalam kehidupan dan cuba sedaya upaya untuk
mencari ibu mereka yang meninggalkan
mereka pada usia muda,
dan mereka
dijaga oleh ibu saudara mereka yang menganggap mereka seperti
anaknya sendiri. Sebuah keluarga lagi
merupakan jiran kepada keluarga Orked,dimana keluarga yang berantakan apabila suami kepada seorang ibu mengandung dan
seorang anak perempuan ingin meninggalkan mereka untuk mengambil isteri kedua.
Di
penghujung ceritanya, masalah timbul dalam hubungan Orked dan Mukhsin kerana
Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui
zaman peralihan akil baligh. Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung
Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya. Mukhsin menjadi kenangan bagi Orked, dan Orked mengharapkan agar
mereka berdua mendapat peluang kedua.
Ulasan Babak Pilihan
Memilih babak dari minit ke 8 hingga 14, ia
menggambarkan realiti kehidupan masyarakat
Melayu di Malaysia sekitar 90-an yang banyak mengimbau kenangan manis
semasa zaman kanak-kanak kita dengan
menayangkan semula adegan seperti mengaji Al-Quran, bermain layang-layang, galah panjang, main
kahwin-kahwin, memanjat pokok, berlarian di batas-batas sawah, berbasikal dan
mandi hujan. Jika dilihat, permainan dahulu jauh lebih baik daripada apa yang dimainkan oleh kanak-kanak
sekarang. Mereka akan menggunakan sepenuh kudrat, peluang dan ruang yang ada
untuk bermain dan belajar bersama. Anehnya, permainan mereka tidak memerlukan modal yang
mahal seperti kanak-kanak sekarang. Mereka jauh lebih kreatif mencipta mainan sendiri
seperti membuat layang-layang. Hanya menggunakan kertas terbuang serta benang lebihan jahitan
ibu. Pengalaman ini juga pernah kami lalui satu ketika dahulu. Pendek kata, mereka boleh belajar
berdikari tentang kehidupan dengan lebih baik.
Manakala kanak-kanak sekarang pula hanya menjadi pengguna sahaja kepada segala teknologi yang dihasilkan oleh orang lain. Mereka tidak kreatif dan kurang berdaya maju. Pengalaman bermain kanak-kanak sekarang agak pasif seperti hanya duduk di dalam rumah mengadap komputer sambil melayari internet, bermain game di televisyen dan telefon bimbit sahaja sambil menikmati makanan ringan. Kos untuk mendapatkan sesuatu permainan video dan interaktif seperti itu ketika ini agak mahal. Ibu bapa terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkannya. Ditambah pula permainan tersebut lebih memberi kesan buruk berbanding kebaikkan. Sekiranya dibiarkan adalah dibimbangi akan memudaratkan kesihatan mereka. Pepatah Arab ada menyebutkan "Akal yang cerdas itu ada pada tubuh badan yang sihat”. Mafhum dari hadith Nabi s.a.w yang lain juga ada menyebutkan agar hendaklah diajar anak-anak berenang, berkuda dan memanah.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, bukan
sahaja melalui pemilihan makanan
yang baik tetapi juga melalui bersukan. Hadith Rasulullah
s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim
bahawa Allah S.W.T. lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Apa yang dianjurkan oleh Islam
itu sememangnya baik kerana ia akan melahirkan
kanak-kanak yang berani, berketerampilan, boleh bersosial dengan baik serta belajar memahami antara satu sama
lain.
Selain daripada itu, di dalam babak ini juga ada diketengahkan tentang mentaliti
masyarakat Melayu yang masih dikongkong oleh pandangan yang jumud dan sempit. Apabila
banyak bercakap bahasa asing seperti Bahasa Inggeris akan dikatakan sengaja
hendak menunjuk-nunjuk. Hakikat ini perlu
diubah. Mempelajari bahasa asing banyak faedahnya antaranya, ia merupakan aset penting pada masa kini terutama dalam
mengorak langkah ke arah negara maju, selain berupaya bertutur dalam
pelbagai bahasa, individu berkenaan juga dapat memahami budaya dan adat resam sesuatu kaum.
Begitu juga dengan pandangan “jika suami membantu isteri di
dapur seperti menumbuk sambal, dikatakan kena “Queen
Control”. Jika kita memandang dari sudut yang negatif, maka hasilnya juga negatif. Tetapi
jika dilihat dari sudut yang positif, maka kita akan memanjatkan rasa penuh
kesyukuran kerana terdapat sesetengah kaum Adam yang aktif dan rasa bertanggungjawab mempelajari sesuatu
yang lain dari bidang mereka. Amalan ini selalu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebagai tanda kasih
kepada isterinya dan di samping itu juga dapat menambahkan lagi nilai kasih sayang.
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat bahawa sistem kepercayaan, nilai dan sistem tabiat dibentuk oleh benih-benih baik yang disemai oleh ibu bapa semasa lahir, semasa dalam kandungan dan ketika memberi pendidikan terutamanya kepada kanak-kanak yang belum berumur enam tahun kerana ketika itulah diri dan jiwa mereka mudah dibentuk agar akhirnya setelah dewasa, sebagai hamba Allah, dirinya mampu memahami dan melakukan kebaikkan yang disuruh oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala laranganNya.

Disediakan Oleh:
Azizah Bte Sarip
Sharida Bte Mohd Shah
Syarifah Meryam Bte Syed Abdullah
No comments:
Post a Comment