Rasukan Ablasa
Rasukan
Ablasa ialah sebuah filem SERAM arahan Prof Madya A.Razak Muhyideen yang ditayangkan di pawagam
Malaysia pada 28 Februari 2009. Filem ini
dibintangi oleh Gambit Saifullah, Fauziah Ghous dan Almy Nadia. Filem ini
juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia Ke-22.
Pengarah
Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penerbit
Latif Mohaideen
Ahmad Puad Onah
Lakonan
Saiful Gambit
Fauziah Ghous
Almy Nadia
Mohd Hafiz
Izzaq
Piee
Rozita Che Wan
PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Rasukan
Ablasa? Itulah pertanyaan pertama yang terpancul keluar dari bibir saya
tatkala menyaksikan filem ini semalam di Cathay Cineleisure, Damansara semasa preview
perdana filem ini. Jika mengikut pemahaman normal 'Ablasa' membawa
maksud 'roh jahat yang terperangkap di dalam diri seseorang manusia serta
bertindak ganas dan liar yang akhirnya menganggu kehidupan manusia itu
sendiri'. Ini membawa makna segala kehidupan manusia itu adalah berpandukan
kata-kata Iblis dan Syaitan yang akhirnya menjerat kehidupan seseorang manusia.
Fokus utama filem ini mungkin ingin mengingatkan manusia agar jangan menjadikan
iblis sebagai bahan pujaan mahupun rakan seperjuangan kerana jika tersalah
langkah akan memakan diri. Itulah serba sedikit pengenalan ringkas kepada tajuk
'Rasukan Ablasa' yang telah merasuk seluruh pawagam Malaysia pada 26 Februari
2009.
SINOPSIS
Kisah ini menceritakan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya.
50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan. Inilah kisah ABLASA…
PEMIKIRAN KRITIS & KREATIF
"RASUKAN ABLASA" - (KOMEN)
Jika dilihat
daripada struktur penceritaannya, “Rasukan Ablasa” memaparkan jalur naratif
yang agak berkecamuk dan mempunyai tanda tanya yang mengelirukan terutamanya
pada watak dan perwatakan sesetengah pelakonnya. Di dalam filem ini, penonton
akan tertanya-tanya apakah hubungan antara Omar dengan Ashraf (yang dilakonkan
oleh orang yang sama, Gambit). Jika dibaca di dalam sinopsisnya, Prof Madya
A.Razak Mohaideen menyatakan yang Ashraf adalah cucu kepada Omar. Tetapi, di
dalam visual tidak dinyatakan. Apakah ia tidak penting kepada penonton?
Selalunya sesebuah filem bagi mengukuhkan
isi ceritanya adalah terletak pada kekuatan visualnya.
Seolah-olah
wujudnya perlumbaan daripada penerbit filem dan drama untuk menerbitkan filem
berunsur seram, khurafat dan seumpama dengannya. Agak merisaukan, jika unsur
seram dan ganas akan menyebabkan orang ramai lebih takut kepada hantu
berbanding Allah S.W.T. terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kepercayaan
yang mendalam kepada unsur sihir, mistik dan khurafat ini akan melemahkan minda
masyarakat.
Manakala
al-Baydawi dalam “Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil” mentakrifkan sihir sebagai
sesuatu yang dihasilkan dengan cara mendekati syaitan. Mendekati amalan sihir
ini walaupun melalui lakonan ditakuti menyebabkan para penonton mempercayai
kuasa bomoh dan mistik secara keterlaluan. Aqidah akan terjejas jika tidak
ditangani dengan baik dengan mempercayai bahawa syaitan lebih
berkuasa. Tidak ada sesiapa pun yang lebih memahami perkara ghaib ini
kecuali AllahS.W.T. Sebagaimana maksud firman Allah dalam al-Quran:
“Katakanlah
wahai (Muhammad), sesiapa pun, baik di langit mahupun di bumi tidak ada yang
mengetahui perkara ghaib kecuali Allah, bahkan mereka tidak mengetahui bila
mereka akan dibangkitkan (kiamat).”
(Al-Naml 27: 65)
WALLAHUA'LAM...
GENG TUPPERWARE
ROHAYATI
BINTI OSMAN
ZAINANI BT
ISMAIL
SX106133PID04
ROSNITA BT
ZAKARIA
SX106126PID04
No comments:
Post a Comment