P.Ramlee - Filem '
Filem ini adalah filem
seram yang telah diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film
Productions Ltd. File mini telah
dibintangi oleh:
P. Ramlee (Si Bongkok)
Salleh Kamil (Buyong) Shariff Dol (Syaitan) Sri Dewi (Afida) Marion Willis (Puteri Bunian) Daeng Idris (Bang Selamat)
Ringkasan Cerita
Kampung Tualang Tiga, di mana cerita ini telah bermula. Si Bongkok hidup
melarat kerana berwajah hodoh dan juga berbuatan ayahnya. Orang kampung bukan
setakat membenci Si Bongkok, tetapi membulinya.
Hanya 2 orang sahaja yang manaruh belas kasihan kepada Si Bongkok, iaitu
Bang Selamat dan Afida. Bang Selamat bekerja sebagai pembuat batik. Di pondok
buruk, Si Bongkok membantu mencurahkan seni pada batik dan juga lukisan.
Suatu hari, Si Bongkok ketika
mengambil air di sungai, Buyong beserta kawan-kawannya telah ternampaknya lalu
mengejarnya.
Si Bongkok berjaya ditangkap, dia diikat kemudian dipukul dan ditendang
serta dibaling dengan batu oleh Buyong dan kawan-kawannya serta juga
orang-orang kampung.
Si Bongkok yang tidak bersalah merayu supaya dilepaskan. Katanya,
"Tolonglah lepaskan aku. Aku tak bersalah. Kalau aku bersalah aku meminta
ampun." Tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan, Si Bongkok terus diseksa
dan didera.
Bagaimanapun, Si Bongkok bernasib baik apabila Afida (anak Datuk
Penghulu) datang menyelamatkannya. Dia telah membuka ikatan yang mengikat Si
Bongkok dan memberi minum air.Afida yang melihat kejadian
itu dengan segera membuka ikatan kaki Si Bongkok.
Setelah termakan budi kerana menyelamatkan dirinya, Si Bongkok telah
melukis gambar wajah Afida bersama wajahnya dan dia berhasrat menyampaikan
lukisan tersebut kepada Afida di majlis Malam Pemudi Seni Wilayah Utara.
Ketika Si Bongkok berada di majlis tersebut, Buyong telah meracuni
fikiran orang-orang kampung supaya membenci Si Bongkok. Katanya, disebabkan dosa-dosa
bapak Si Bongkok Kampung Tualang Tiga tercemar. Penduduk
kampung dengan hasutan Buyong mahukan supaya Si Bongkok dihukum bunuh, tetapi
dengan rayuan Afida, lagi pun bukan Si Bongkok yang bersalah, hukuman
direngankan. Di atas pertimbangan Datuk Penghulu, dia telah menasihatkan Si
Bongkok supaya meninggalkan kampung Tualang Tiga. Si Bongkok patuh, dan sebelum
meninggal majlis tersebut sempat juga dia menyerahkan lukisan hasil kerja
seninya kepada Afida.
Apabila Afida mengeluarkan lukisan tersebut dari beg kain terpampang
gambar Afida dan Si Bongkok dengan catatan: "Gadis Chantek dan
Binatang" yang mana ini sangat mengharukan Afida.
Sebelum meninggalkan kampung Tualang Tiga, Si Bongkok pergi ke pusara
bapaknya dan disitu Si Bongkok menyumpah-seranah diatas perbuatan bapaknya
hingga menyebabkan dirinya terseksa.
Sambil menendang-nendang dan memijak-mijak pusara bapaknya itu dan
diiringi pula dengan kilat sabung-menyabung dan ribut petir Si Bongkok
menyeranah bapaknya: "Dosa yang kau lakukan mengapa aku menerima
akibatnya? Ya, Tuhanku, inikah keadilan? Inikah keadilan? Mengapa kau ciptakan
jasadku seburuk ini? Mengapa kau tuliskan nasibku sehina ini? Mengapa?..."
Kuasa Tuhan merubah
segalanya. Tiba-tiba sebuah istana yang indah muncul di hadapan Si Bongkok.
Kemudian keluarlah seorang puteri menyambut dan menjemput Si Bongkok.
Si Bongkok diiringi untuk
mengadap penghulu di situ, Penghulu Bunian. Dalam pertemuan tersebut, Si
Bongkok telah diberi sebuah kitab Seribu Satu Hikmat dan ia hanya dibolehkan
memilih satu saja. Si Bongkok, tanpa berfikir panjang, telah memilih untuk
menjadi cantik dan sebelum itu dia terpaksa mematuhi syarat (sumpah) iaitu
"Jangan menyombong dan memusuhi sesama manusia. Jika engkar dia akan
binasa."
Hasratnya termakbul, rupa parasnya kini amat kacak. Puteri Bunian menaruh harapan, dan bercintalah mereka. Demi cinta mereka bersua dengan Penghulu Bunian untuk bersatu. Permintaan mereka ditolak kerana perjanjian hanya memilih satu. Bila sudah sampai waktunya, Si Bongkok terpaksa kembali ke Dunia Manusia yang telah ditinggalkannya selama tiga tahun tetapi dirasakan baru tiga hari oleh Si Bongkok dengan dihantar oleh Puteri Bunian.
Sebelum berpisah, Putri Bunian yang juga menyintainya bertanya:
"Mungkinkah kita berjumpa lagi." Jawab Si Bongkok: "Ya, sesudah
duniaku dan duniamu bercantum satu."
Si Bongkok dihantar pulang ke
dunia asalnya. Dia terus pulang ke pondok Bang Selamat. Tibanya dia di sana,
Bang Selamat tidak dapat mengcam Si Bongkok. Si Bongkok akhirnya mendedahkan
identiti.
Si Bongkok amat terkejut
apabila Bang Selamat memberitahunya sudah 3 tahun Si Bongkok meninggalkan
kampung. Lebih mengejutkan lagi, Afida sudah bertunang dengan Si Buyong.
Untuk hadiah di Malam
Pesta Si Bongkok telah melukis wajah Afida dan wajahnya untuk diberikan kepada
Afida yang menyelamatnya suatu ketika dulu yang kini sudah bertunang dengan
Buyong dengan catatannya: "Gadis Chantek Dan Taruna".
Kehadiran
Si Bongkok yang cantik dan tanpan (seolah-olah seperti anak Raja layaknya) itu
dikagumi oleh penduduk-penduduk kampung. Si Bongkok dihormati dan disembah-sembah
termasuk Datuk Penghulu yang baru serta Buyong dan kawan-kawanya.
Si
Bongkok memberi hadiah lukisannya kepada Afida. Katanya: "Terimalah
sumbangihku wahai Afida." "Bagaiamana tau nama hamba?" tanya
Afida. Jawab Si Bongkok: "Sejak kau menolong aku dulu." Sebaik saja
melihat lukisan yang diberi dengan keheranan Afida berkata, "Si
Bongkok...!"
"Ya,
akulah Si Bongkok yang dikau haramkan menjejak Kampung Tualang Tiga,"
pekik Si Bongkok.
Si
Bongkok memberitahu yang dia mahu membawa Afida keluar bersamanya dari Kampung
Tualang Tiga, dan sebabkan Afida tidak sukakan Buyong kerana dia membunuh
bapaknya kerana menolak pinangannya, dia rela mengikut Si Bongkok.
Setelah menyatukan hasratnya,
Si Bongkok terus membawa Afida pergi. Si Buyong tersalah langkah. Afida menjadi
mangsa. Si Bongkok menuntut bela. Si Bongkok hilang pertimbangan, dia lupa
dengan sumpahnya mengapa dia menjadi cantik. Si Bongkok bertarung dengan Buyong
yang mana akhirnya Buyong kecundang, dia mati ditangan Si Bongkok.
Kerana sumpah sudah dilanggar, Penghulu Orang Bunian muncul dan
menyatakan kepada Si Bongkok bahawa kecantikannya tidak boleh dilihat manusia.
Datanglah syaitan memberi
harapan. Boleh menjadi manusia seperti sedia kala. Pertama, Si Bongkok misti
memperkosa 21 wanita dalam tempuh seminggu. Kedua, Si Bongkok mesti mengakui
Syaitan Tuhannya. Setelah persetujuan dicapai, Syaitan memberi sebentuk cincin
kepada Si Bongkok yang mana apabila dipakainya bentuk dan wajahnya berubah
menjadi 'Orang Minyak'. Dengan itu Orang Minyak pun menjalankan perintah
Syaitan dengan melakukan perkosaan seorang demi seorang wanita yang terdapat di
Kampung Tualang Tiga yang mana angkaranya itu menjadikan penduduknya berada
dalam kebimbangan dan ketakutan. Kampung Tualang Tiga menjadi huru-hara
Orang Minyak berjaya ditangkap dan dipenjarakannya di dalam buyong untuk
dimusnahkan.
Sebelum meninggalkan Kampung Tualang Tiga, Penghulu Orang Bunian menyerahkan
kuasa memimpin kampung tersebut kepada Ali menggantikan Datuk Penghulu yang
meninggal dunia.
Penghulu Orang Bunian berpesan: "Jangan menghina sesama manusia.
Jika menghina sesama makhluk, hilang ria timbul duka."
Orang Minyak yang termakan sumpah dibawanya pergi. Ingatlah bahawa
tiap-tiap ciptaan itu ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang tersirat
disebalik yang telah tersurat.[TAMAT]
Komen & Kritik di dalam Filem
Sumpahan Orang Minyak.
Kami
telah bersepakat untuk komen & kritik secara keseluruhan adegan di dalam Filem
Sumpahan Orang Minyak ini yang di mana dirasakan perlu dikritik. Antaranya ialah:
Secara
keseluruhan cerita ini, menunjukkan bahawa tipikal masyarakat Melayu yang
mengagungkan benda yang cantik dan mencaci benda yang buruk. Di dalam adegan ini menunjukkan Si Bongkok
telah dihina, dicaci dan dimaki semasa wajahnya buruk dan hodoh. Sehinggakan dimasukkan adegan baling batu
kepadanya serta dipukul oleh orang kampung.
Watak Si Bongkok dilihat sangat hina di mata orang kampung. Namun
begitu, mengapa kaitkan Si Bongkok menjadi buruk akibat perbuatan ayahnya? Hal ini dilihat seperti satu adegan yang
mencaci dan menghina kuasa tuhan. Adakah
ayah yang perangai jahat, maka anaknya yang lahir menjadi buruk? Mungkin adegan
ini perlu jika Si Bongkok juga sama perangai seperti ayahnya. Dan apabila Si Bongkok menjadi cantik, dia
telah diagung-agungkan sehingga di sujud oleh orang kampung. Tidak perlu rasanya menunjukkan Si Bongkok
diagungkan cukuplah hanya orang kampung terpesona, kagum dan suka melihat wajah
Si Bongkok. Hal ini kerana orang lain di
kampung itu juga cantik dan tak perlu diagung-agungkan dengan terlalu melampau.
Dikomen & dikritik oleh:
Kumpulan DDF
1) Nur Farah Mohamad Azlan
2) Despi Yola Sainal
3) Norhidayah Jaafar
Terima kasih.
|
Friday, 2 August 2013
SUMPAHAN ORANG MINYAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment