Friday, 2 August 2013


SENARIO - ZOO



TAJUK           : Zoo (2010)
PENGARAH  : Azahari Mohd Zain
PELAKON    : Bob Lokman, Azlee Senario, Mazlan Senario, Lisa Surihani

ULASAN FILEM :

          Filem yang bergenre komedi fantasi ini mengisahkan seorang jejaka, Ad (Mazlan Pet Pet) yang sangat meminati dan menyayangi haiwan telah mendapat pekerjaan sebagai seorang pengawal keselamatan di Zoo Negara. Ad begitu teruja dan gembira kerana dapat bekerja di Zoo Negara. Ad terkejut apabila mendengar haiwan-haiwan di situ berkata-kata.Walaupun beliau sentiasa memberitahu orang lain bahawa dia memang boleh bercakap dengan haiwan, orang lain telah ragu-ragu mengenainya. Dan untuk membuat perkara yang buruk, haiwan mula hilang dari Zoo. Dari itu, Ad telah dianiaya oleh pekerja lain iaitu Shiela (Lisa Surihani) Osman (Angah Raja Lawak) dengan menuduhnya mencuri haiwan-haiwan di Zoo itu.

          Lakonan Mazlan Pet Pet memang patut dipuji kerana dapat menjiwai dan membawa watak sebagai peminat haiwan dengan baik dalam filem ini. Disokong pula dengan kebolehan Mazlan meniru gaya dan bunyi-bunyian haiwan dan juga keupayaan dan kebolehan Mazlan Pet Pet yang mesra haiwan.

          Bersesuaian dengan slogan 'Apabila Binatang Berbicara, Manusia Menjadi Huru Hara', Mazlan Pet Pet yang mempunyai kelebihan berinteraksi dengan haiwan itu telah membantu haiwan-haiwan di dalam Zoo ketika berada dalam kesusahan. Aksi komedi dari Lan Pet Pet bersama haiwan dan penjahat-penjahat seperti Rain (Azlee Jaafar) pasti membuatkan penonton filem ini ketawa terbahak-bahak.

          Di bahagian akhir filem ini, Ad yang mempunyai sifat kasih sayang yang mendalam terhadap haiwan itu telah sanggup mempertaruh nyawa bagi menyelamatkan haiwan-haiwan di zoo dari dirompak oleh penjahat-penjahat yang mahu mengaut keuntungan daripada haiwan-haiwan itu.

          Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Plot yang ringkas dan mudah difahami serta keletah haiwan di Zoo ini bukan sahaja boleh ditonton khas oleh kanak-kanak sahaja malah ianya sesuai ditonton seisi keluarga juga kerana ia mengetengahkan nilai-nilai murni dalam kehidupan terutamanya sifat kasih sayang dan hormat menghormati antara manusia dan haiwan. Nilai-nilai baik diterapkan dalam filem ini wajar dicontohi dan diteladani oleh semua. Antara pengajaran yang dapat di ambil dari filem ini, kita harus tabah dan berusaha menyelesaikan apa jua masalah yang timbul walaupun telah jatuh berkali-kali. Kita juga harus beringat bahawa setiap perbuatan yang buruk pasti ada balasannya walaupun mempunyai niat yang baik. Setiap tindakan yang di ambil haruslah dilaksanakan dengan cara yang betul.

          Selepas menyaksikan filem Zoo ini juga, pasti ramai mengimbas kembali zaman kanak-kanak yang begitu teruja melihat pelbagai gelagat haiwan.

Disediakan oleh :

Azizie Hakim Bin Amir          SX112808MMF04
Ahmad Shahrul Bin Ahmad   SX112791MMF04






No comments:

Post a Comment