Pernahkah anda melihat pertandingan laga lembu di Malaysia? Memang
perlagaan lembu adalah haram di sisi undang-undang Malaysia.Tetapi, jika anda
ingin juga merasai sendiri pengalaman bagaimana lembu-lembu diadukan secara
kejam, boleh berkunjung ke selatan Thailand.Di sini tradisi perlagaan Lembu
masih lagi wujud dan ia menjadi suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga
Thailand di sana.Namun, apa yang ingin dibincangkan juga adalah berkaitan
dengan laga lembu,dan simboliknya kepada kehidupan masyarakat Melayu. Filem Jogho diangkat ke layar perak oleh pengarah tersohor
U-Wei Haji Shaari diadaptasikan dari Novel Juara karya S.Othman Kelantan.
Sinopsis:Mamat (Khalid Salleh) terkenal kerana kehandalannya
mengadukan lembu.Mamat sebenarnya adalah seorang pemain politik.Politikus yang
kalah dalam pilihanraya di sebuah daerah di Kelantan.Lalu, membina hidup yang
baru bersama-sama keluarganya di selatan Thailand.Saat itu, bermulalah era baru
dalam dunia Mamat.Dunia laga lembu.Pada suatu hari, kawan baiknya, Mat Lazim
telah mati ditembak setelah pulang menyertai suatu pertandingan laga
lembu.Mamat berazam untuk mencari dan menuntut bela di atas kematian kawan
baiknya itu.
Minit ke-6 hingga 10.
Komen:
Khalid Salleh sememangnya seorang pelakon yang berkarisma.Berikanlah watak apa
pun, pasti dia mampu melakonkannya dengan begitu baik.Lakonan mantapnya
menghidupkan filem ini.Lakonannya benar-benar hidup.Watak Mamat sebagai seorang
ketua keluarga, Ketua kepada kumpulannya dalam usaha menjejaki pembunuh Abang
Lazim benar-benar dihayati.Ekspresi menerusi dialog, mimik muka menambahkan
lagi karisma Khalid sebagai pelakon berbakat besar.Dari segi bahasa, filem ini
memerlukan penghayatan kerana loghat Kelantan yang digunakan agak pekat
bercampur aduk bersama dialek Patani.Menerusi filem ini, U-Wei cuba
menyampaikan mesej bahawa para politikus yang berada dalam dunia politik sama
seperti dua ekor lembu yang berlaga sesama sendiri demi mendapatkan keuntungan
yang tak seberapa.Jogho adalah sebuah filem artistik.Filem
yang benar-benar membuka minda kita menelusi falsafah politik dan
kehidupan.Menggunakan watak lembu yang diadu, ia membuka ruang untuk penonton
berfikir tentang kehidupan.Mungkin penonton kita bukanlah
penonton yang sentiasa berfikir, tetapi sesekali meluangkan masa melihat filem
sebegini akan membuatkan kita berfikir kembali tentang hidup yang kita jalani
ini. Pada permulaan cerita kami mengalami kesukaran untuk memahami dialek yang
mereka ketengahkan dalam filem ini, oleh itu kami mengambil masa yang agak lama
untuk memahami perkataan semasa berdialog. Setelah mengerah segala keringat dan
berfikir secara kreatif dan kritis kami mengambil bahagian didalam filem ini
dimana Pak Mamat lakonan Khalid Salleh menyedari bahawa isterinya Minah lakonan
Normah Damanhuri bermasam muka walaupun sudah berulang kali suaminya memanggil.
Rupanya Minah sudah tidak tahan lagi dengan perangai suaminya yang terlampau
ekstrem dengan aktiviti pelage lembu tanpa mengira kebajikan untuk anak-anak
dan isteri dirumah. Sehingga Semah anaknya sakit pun tidak dihantar ke hospital
bagi menyembuhkan penyakit tersebut, barang-barang kemas Minah juga habis
digadaikan untuk dijadikan wang pertaruhan untuk Calet dalam pertarungan pelage
lembu. Minah juga seorang yang setia kepada suami dan menurut segala perintah
suaminya tanpa membangkang sehingga disedari oleh suaminya Pak Mamat. Dalam
klip yang kami pilih ini Pak Mamat adalah seorang pejuang yang tidak mudah
menyerah kalah sehingga ke akhirnya dan sentiasa yakin pada diri sendiri dan
berusaha selain berserah kepada tuhan yang akan menentukan nasibnya. Selain
mahukan anaknya Jusoh yang belajar di Kelantan lebih Berjaya sehingga ke
Universiti, tetapi perbuatan Pak Mamat menyertai pelage lembu adalah salah
disisi undang-undang kerana ia menyiksakan haiwan tersebut semata-mata untuk
bergembira dan mendapatkan wang pertaruhan tersebut bagi menyara isteri dan
anak-anak. Duit pertaruhan yangdiperoleh
juga jika memenangi perlawanan tersebut juga adalah haram dan dikira sebagai
berjudi, dan dengan duit itulah Pak Mamat mahu menyara keluarga mereka yang
sedang kesempitan disebabkan sikap Pak Mamat tersebut. Dalam klip ini juga,
Minah ada menyatakan kepada Pak Mamat jika Calet kalah dalam perlawanan
tersebut bagaimana mereka mahu meneruskan hidup kerana wang yang sedikit pun
habis digunakan untuk aktiviti tersebut. Dalam hal ini, hanya kata-kata Pak
Mamat sahaja yang betul dan kata-kata isterinya tidak diendahkan, jika
kekalahan itu berlaku kepada Pak Mamat dan lembunya Calet bagaimana caranya
beliau ingin menyara kehidupan keluarga kerana dengan hanya melagakan lembu
sahajalah pendapatan dan kebolehan yang ada pada Pak Mamat untuk dilakukan.
Sebelum ini juga, keluarga mereka juga berpindah randah dari Kelantan ke Patani
bagi meneruskan hidup.
Anak
Mami Kembali filem komedi romantik arahan Razak Mohaideen telah mencatatkan
kutipan sebanyak RM 2 juta. Kejayaan filem ini meraih kutipan yang tinggi
terletak kepada populariti Saiful Apek sebagai pelakon komedi yang terkenal
disamping pendekatan melodrama dan komedi yang digunakan dalam penyampaian
keseluruhan cerita tersebut. Seperti kebanyakan filem-filem yang terdapat di
Malaysia, pengarah masih menggunakan tema percintaan untuk filem arahan beliau.
Tema percintaan dalam penghasilan filem-filem di Malaysia sudah sebati dan
seolah-olah telah menjadi tradisi dalam industri filem tempatan. Anak Mami
Kembali secara asasnya mengenengahkan tema percintaan terhalang yang wujud
akibat daripada ketaksuban ibu untuk menentukan jodoh anak-anaknya bagi
memastikan rumah tangga anak-anak berkekalan.
Plot
cerita filem ini menggunakan plot cerita klasik yang menunjukkan bagaimana
watak-watak dalam filem tersebut berkembang dan menghadapi komplikasi di
pertengahan cerita dan berakhir dengan “happy
ending”. Perbezaan jantina, lelaki dan wanita dalam filem ini mempunyai
kaitan dengan amalan patriaki dalam sesebuah masyarakat. Sistem patriaki
beroperasi untuk mengekalkan dominasi dan kekuasaan golongan lelaki untuk memperlihatkan
status sosial dan kedudukan yang lebih tinggi daripada golongan wanita.
Mak
Bee sebagai watak utama cerita tersebut, seorang ibu tunggal yang juga
bertindak sebagai ketua keluarga digambarkan sebagai seorang ibu yang terlalu
cerewet serta mengongkong kehidupan kedua-dua anaknya. Walaupun pemilihan watak
Mak Bee sebagai ketua keluarga boleh disifatkan sebagai pengiktirafan
terhadapan kedudukan wanita dalam institusi keluarga, namun ciri-ciri watak
yang diberikan kepada Mak Bee sebenarnya mempunyai stereotaip yang negatif
mengenai seorang wanita. Mak Bee secara umumnya digambarkan sebagai seorang
yang terlalu cerewet terutamanya berkaitan dengan pemilihan jodoh anak-anaknya.
Anak-anak beliau, Saiful dan Ida seringkali dijadikan bahan leteran. Kedudukan
dan kebendaan menjadi kriteria utama pemilihan jodoh untuk anak-anaknya
sekaligus menggambarkan perasaan tamak yang ada pada Mak Bee.
Watak
Fasha digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya dan
banyak memendam perasaan sedih setelah berumahtangga dengan Saiful. Apabila
Fasha meluah perasaan tidak puas hatinya terhadap kehidupan berumahtangga
beliau yang terkongkong dan terikat dengan kehendak ibu mertuanya (Mak Bee),
perkara ini tidak pernah diambil serius oleh Saiful. Tindakbalas yang diberikan
oleh Saiful sering kali dalam bentuk ‘lawak jenaka’ menunjukkan
ketidaksungguhan beliau untuk menangani masalah tersebut. Pada kebanyakan masa,
Fasha diminta bersabar dan memendam rasanya dan mentaati suaminya, walaupun
keadaan tersebut dilihat tidak adil bagi Fasha. Bentuk lawak jenaka digunakan
untuk mengaburi masalah dan meremehkan konflik yang dihadapi oleh wanita.
Sebaliknya penonton diajak berhibur dan tidak memikirkan mesej lain yang
dibawakan dalam filem tersebut.
Selain
itu pendominasian golongan lelaki juga ditunjukkan melalui watak Tok Wan, bapa
kepada Mak Bee, digambarkan sebagai seorang yang rasional dan sentiasa memahami.
Watak Tok Wan sering kali digambarkan sebagai penyelamat keadaan, yakni orang
tengah yang banyak membantu untuk menyelesaikan konflik Mak Bee dengan
anak-anaknya serta menantunya. Tok Wan digambarkan sebagai watak yang mempunyai
fikiran terbuka dan sensitif terhadap semua masalah yang dihadapi oleh
keluarganya. Walaupun dalan filem tersebut Tok Wan bukanlah seorang ketua
keluarga tetapi dalam kebanyakan hal, Tok Wan digambarkan sebagai pemberi
pendapat yang bernas dan berupaya menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda
keluarga Mak Bee.
Secara
keseluruhannya kejayaan filem ini terletak kepada populariti pelakon-pelakon
yang sebenarnya telah menempah nama dalam industri filem tempatan. Populariti filem Anak Mami
Kembali memperlihatkan bagaimana penerimaan masyarakat tempatan terhadap
hubungan, peranan dan kedudukan lelaki dan wanita di negara ini. Ketidakadilan
dalam mempersembahan peranan-peranan lelaki dan wanita dalam masyarakat tidak
dipersoalkan malah semakin diperkukuhkan dengan norma-norma masyarakat
berasaskan amalan patriaki. Dalam hal permikiran kritis ini memainkan peranan
untuk mengesahkan status sosial dan pandangan berkaitan lelaki dan wanita
dengan satu gambaran yang sempit yang bertindak sebagai suatu praktis kehidupan
yang tidak perlu dipersoalkan lagi malah wajar untuk diterima umum.
Filem ini adalah filem
seram yang telah diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film
Productions Ltd. File mini telah
dibintangi oleh:
P. Ramlee (Si Bongkok) Salleh Kamil (Buyong) Shariff Dol (Syaitan) Sri Dewi (Afida) Marion Willis (Puteri Bunian) Daeng Idris (Bang Selamat)
Ringkasan Cerita
Kampung Tualang Tiga, di mana cerita ini telah bermula. Si Bongkok hidup
melarat kerana berwajah hodoh dan juga berbuatan ayahnya. Orang kampung bukan
setakat membenci Si Bongkok, tetapi membulinya.
Hanya 2 orang sahaja yang manaruh belas kasihan kepada Si Bongkok, iaitu
Bang Selamat dan Afida. Bang Selamat bekerja sebagai pembuat batik. Di pondok
buruk, Si Bongkok membantu mencurahkan seni pada batik dan juga lukisan.
Suatu hari, Si Bongkok ketika
mengambil air di sungai, Buyong beserta kawan-kawannya telah ternampaknya lalu
mengejarnya.
Si Bongkok berjaya ditangkap, dia diikat kemudian dipukul dan ditendang
serta dibaling dengan batu oleh Buyong dan kawan-kawannya serta juga
orang-orang kampung.
Si Bongkok yang tidak bersalah merayu supaya dilepaskan. Katanya,
"Tolonglah lepaskan aku. Aku tak bersalah. Kalau aku bersalah aku meminta
ampun." Tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan, Si Bongkok terus diseksa
dan didera.
Bagaimanapun, Si Bongkok bernasib baik apabila Afida (anak Datuk
Penghulu) datang menyelamatkannya. Dia telah membuka ikatan yang mengikat Si
Bongkok dan memberi minum air.Afida yang melihat kejadian
itu dengan segera membuka ikatan kaki Si Bongkok.
Setelah termakan budi kerana menyelamatkan dirinya, Si Bongkok telah
melukis gambar wajah Afida bersama wajahnya dan dia berhasrat menyampaikan
lukisan tersebut kepada Afida di majlis Malam Pemudi Seni Wilayah Utara.
Ketika Si Bongkok berada di majlis tersebut, Buyong telah meracuni
fikiran orang-orang kampung supaya membenci Si Bongkok. Katanya, disebabkan dosa-dosa
bapak Si Bongkok Kampung Tualang Tiga tercemar. Penduduk
kampung dengan hasutan Buyong mahukan supaya Si Bongkok dihukum bunuh, tetapi
dengan rayuan Afida, lagi pun bukan Si Bongkok yang bersalah, hukuman
direngankan. Di atas pertimbangan Datuk Penghulu, dia telah menasihatkan Si
Bongkok supaya meninggalkan kampung Tualang Tiga. Si Bongkok patuh, dan sebelum
meninggal majlis tersebut sempat juga dia menyerahkan lukisan hasil kerja
seninya kepada Afida.
Apabila Afida mengeluarkan lukisan tersebut dari beg kain terpampang
gambar Afida dan Si Bongkok dengan catatan: "Gadis Chantek dan
Binatang" yang mana ini sangat mengharukan Afida.
Sebelum meninggalkan kampung Tualang Tiga, Si Bongkok pergi ke pusara
bapaknya dan disitu Si Bongkok menyumpah-seranah diatas perbuatan bapaknya
hingga menyebabkan dirinya terseksa.
Sambil menendang-nendang dan memijak-mijak pusara bapaknya itu dan
diiringi pula dengan kilat sabung-menyabung dan ribut petir Si Bongkok
menyeranah bapaknya: "Dosa yang kau lakukan mengapa aku menerima
akibatnya? Ya, Tuhanku, inikah keadilan? Inikah keadilan? Mengapa kau ciptakan
jasadku seburuk ini? Mengapa kau tuliskan nasibku sehina ini? Mengapa?..."
Kuasa Tuhan merubah
segalanya. Tiba-tiba sebuah istana yang indah muncul di hadapan Si Bongkok.
Kemudian keluarlah seorang puteri menyambut dan menjemput Si Bongkok.
Si Bongkok diiringi untuk
mengadap penghulu di situ, Penghulu Bunian. Dalam pertemuan tersebut, Si
Bongkok telah diberi sebuah kitab Seribu Satu Hikmat dan ia hanya dibolehkan
memilih satu saja. Si Bongkok, tanpa berfikir panjang, telah memilih untuk
menjadi cantik dan sebelum itu dia terpaksa mematuhi syarat (sumpah) iaitu
"Jangan menyombong dan memusuhi sesama manusia. Jika engkar dia akan
binasa."
Hasratnya termakbul, rupa parasnya kini amat kacak. Puteri Bunian menaruh harapan, dan bercintalah mereka. Demi cinta mereka bersua dengan Penghulu Bunian untuk bersatu. Permintaan mereka ditolak kerana perjanjian hanya memilih satu. Bila sudah sampai waktunya, Si Bongkok terpaksa kembali ke Dunia Manusia yang telah ditinggalkannya selama tiga tahun tetapi dirasakan baru tiga hari oleh Si Bongkok dengan dihantar oleh Puteri Bunian.
Sebelum berpisah, Putri Bunian yang juga menyintainya bertanya:
"Mungkinkah kita berjumpa lagi." Jawab Si Bongkok: "Ya, sesudah
duniaku dan duniamu bercantum satu."
Si Bongkok dihantar pulang ke
dunia asalnya. Dia terus pulang ke pondok Bang Selamat. Tibanya dia di sana,
Bang Selamat tidak dapat mengcam Si Bongkok. Si Bongkok akhirnya mendedahkan
identiti.
Si Bongkok amat terkejut
apabila Bang Selamat memberitahunya sudah 3 tahun Si Bongkok meninggalkan
kampung. Lebih mengejutkan lagi, Afida sudah bertunang dengan Si Buyong.
Untuk hadiah di Malam
Pesta Si Bongkok telah melukis wajah Afida dan wajahnya untuk diberikan kepada
Afida yang menyelamatnya suatu ketika dulu yang kini sudah bertunang dengan
Buyong dengan catatannya: "Gadis Chantek Dan Taruna".
Kehadiran
Si Bongkok yang cantik dan tanpan (seolah-olah seperti anak Raja layaknya) itu
dikagumi oleh penduduk-penduduk kampung. Si Bongkok dihormati dan disembah-sembah
termasuk Datuk Penghulu yang baru serta Buyong dan kawan-kawanya.
Si
Bongkok memberi hadiah lukisannya kepada Afida. Katanya: "Terimalah
sumbangihku wahai Afida." "Bagaiamana tau nama hamba?" tanya
Afida. Jawab Si Bongkok: "Sejak kau menolong aku dulu." Sebaik saja
melihat lukisan yang diberi dengan keheranan Afida berkata, "Si
Bongkok...!"
"Ya,
akulah Si Bongkok yang dikau haramkan menjejak Kampung Tualang Tiga,"
pekik Si Bongkok.
Si
Bongkok memberitahu yang dia mahu membawa Afida keluar bersamanya dari Kampung
Tualang Tiga, dan sebabkan Afida tidak sukakan Buyong kerana dia membunuh
bapaknya kerana menolak pinangannya, dia rela mengikut Si Bongkok.
Setelah menyatukan hasratnya,
Si Bongkok terus membawa Afida pergi. Si Buyong tersalah langkah. Afida menjadi
mangsa. Si Bongkok menuntut bela. Si Bongkok hilang pertimbangan, dia lupa
dengan sumpahnya mengapa dia menjadi cantik. Si Bongkok bertarung dengan Buyong
yang mana akhirnya Buyong kecundang, dia mati ditangan Si Bongkok.
Kerana sumpah sudah dilanggar, Penghulu Orang Bunian muncul dan
menyatakan kepada Si Bongkok bahawa kecantikannya tidak boleh dilihat manusia.
Datanglah syaitan memberi
harapan. Boleh menjadi manusia seperti sedia kala. Pertama, Si Bongkok misti
memperkosa 21 wanita dalam tempuh seminggu. Kedua, Si Bongkok mesti mengakui
Syaitan Tuhannya. Setelah persetujuan dicapai, Syaitan memberi sebentuk cincin
kepada Si Bongkok yang mana apabila dipakainya bentuk dan wajahnya berubah
menjadi 'Orang Minyak'. Dengan itu Orang Minyak pun menjalankan perintah
Syaitan dengan melakukan perkosaan seorang demi seorang wanita yang terdapat di
Kampung Tualang Tiga yang mana angkaranya itu menjadikan penduduknya berada
dalam kebimbangan dan ketakutan. Kampung Tualang Tiga menjadi huru-hara
Orang Minyak berjaya ditangkap dan dipenjarakannya di dalam buyong untuk
dimusnahkan.
Sebelum meninggalkan Kampung Tualang Tiga, Penghulu Orang Bunian menyerahkan
kuasa memimpin kampung tersebut kepada Ali menggantikan Datuk Penghulu yang
meninggal dunia.
Penghulu Orang Bunian berpesan: "Jangan menghina sesama manusia.
Jika menghina sesama makhluk, hilang ria timbul duka."
Orang Minyak yang termakan sumpah dibawanya pergi. Ingatlah bahawa
tiap-tiap ciptaan itu ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang tersirat
disebalik yang telah tersurat.[TAMAT]
Komen & Kritik di dalam Filem
Sumpahan Orang Minyak.
Kami
telah bersepakat untuk komen & kritik secara keseluruhan adegan di dalam Filem
Sumpahan Orang Minyak ini yang di mana dirasakan perlu dikritik.Antaranya ialah:
Adegan memijak kubur memperlihatkan
tidak ‘respect’ kepada ayah sendiri dan sangat jahat bagi kami yang menonton. Tidak perlulah sampai mempamerkan adegan
tersebut. Pada permulaan cerita
menunjukkan bahawa Si Bongkok mempunyai hati yang suci murni, baik dan hanya
berwajah hodoh sahaja. Jadi, P.Ramlee
sepatutnya mempamerkan watak Si Bongkok memarahi ayahnya sahaja dan merungut
dan tidak perlulah memijak dan menghina-hina ayahnya. Kesucian hati perlulah dikekalkan di dalam
diri Si Bongkok, lalu barulah dia diberi pertolongan oleh Penghulu Puteri
Bunian. Hal ini kerana, orang yang baik
haruslah diberi peluang untuk mendapatkan perkara yang baik. Bukankah ‘baik dibalas
baik dan jahat dibalas jahat’. Disebabkan
kemurnian Si Bongkok dia telah diberi balasan baik (bantuan Penghulu Puteri
Bunian) bukan sepatutnya hinaan dan cacian yang dikeluarkan oleh Si Bongkok.
Di dalam Adegan yang kami rasakan
lawak dan tidak patut ada juga adalah, apabila Si Bongkok diberi Kitab oleh
Penghulu Puteri Bunian di mana Si Bongkok pandai pula membaca.Adegan Bongkok menyelak dan menyelak, dan
membaca berkenaan "untuk menjadi cantik" yakni dia perlu mandi dalam
kolam Bahtera Nabi Allah Nuh AS.Adakah Si
Bongkok ini mempunyai kelebihan membaca?Kerana setahu kami Si Bongkok adalah orang kampung yang hidup susah,
tidak mempunyai kawan, dibenci oleh orang kampung, ayahnya pun jahat jadi
manakah dia tahu membaca?Cukuplah sekadar
membuat adegan Penghulu Puteri Bunian memberitahu kepada Si Bongkok jika dia
mahu cantik apa yang perlu dibuat olehnya.Kami tidak pasti sama ada adegan ini adalah satu kesilapan atau disengajakan
oleh P. Ramlee.
Adegan pertarungan di antara Si
Bongkok dengan Buyong yang disertai dengan angin ribut dan petir
sabung-menyabung memanglah memperlihatkan kreativiti antara P. Ramlee sebagai
pengarah namun bagi kami, ianya tidak perlu sebenarnya.Tidak perlu ‘effect’ suasana sekeliling itu kerana
mengganggu sedikit sebanyak.Adegan Si
Bongkok yang berjaya membunuh Buyong juga kelihatan hebat kerana Si Bongkok
dahulunya Bongkok, bagaimana dia boleh begitu ‘warrior’ dan hebat
berlawan?Dia hanya meminta untuk menjadi
cantik dan bukanlah hebat berlawan.Adegan
ini membuat kami sedikit ‘confuse’.Cukuplah
hanya menunjukkan perlawanan biasa-biasa sahaja tidak perlu tunjukkan hebatnya
mereka berlawan.
Secara
keseluruhan cerita ini, menunjukkan bahawa tipikal masyarakat Melayu yang
mengagungkan benda yang cantik dan mencaci benda yang buruk. Di dalam adegan ini menunjukkan Si Bongkok
telah dihina, dicaci dan dimaki semasa wajahnya buruk dan hodoh. Sehinggakan dimasukkan adegan baling batu
kepadanya serta dipukul oleh orang kampung.
Watak Si Bongkok dilihat sangat hina di mata orang kampung. Namun
begitu, mengapa kaitkan Si Bongkok menjadi buruk akibat perbuatan ayahnya? Hal ini dilihat seperti satu adegan yang
mencaci dan menghina kuasa tuhan. Adakah
ayah yang perangai jahat, maka anaknya yang lahir menjadi buruk? Mungkin adegan
ini perlu jika Si Bongkok juga sama perangai seperti ayahnya. Dan apabila Si Bongkok menjadi cantik, dia
telah diagung-agungkan sehingga di sujud oleh orang kampung. Tidak perlu rasanya menunjukkan Si Bongkok
diagungkan cukuplah hanya orang kampung terpesona, kagum dan suka melihat wajah
Si Bongkok. Hal ini kerana orang lain di
kampung itu juga cantik dan tak perlu diagung-agungkan dengan terlalu melampau.